Uncategorized

“Husband Yang Playboy Tu Kan, Yang You Buka Aib Dia Tu Kan?,” – Kata Netizen Pada Foto Aliff, Ini Jawapan Balas Bella Astillah

Share

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz ada memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia mengenakan serban serta jubah putih bagi menjayakan satu watak.

Lalu, perkongsian foto Aliff menerusi Instagram miliknya itu turut mendapat komen daripada si isteri, Bella Astillah.

Bagaimanapun, ada satu akaun Instagram yang menggunakan nama @Nurakilaaa telah meninggalkan komen yang seakan berbaur sindirian.

Komen yang diberikan itu telah mendapat komen balas dari Bella dengan meminta akaun palsu itu supaya kirim salam pada kedua orang tuanya. 

Selang beberapa ketika, suaminya juga turut memberikan reaksi.

“Biarlah manusia kiriman syurga nak tulis macam-macam yang. Terkena batang hidung sendiri senget baru dia rasa,” balas Aliff.

Pada masa sama, rata-rata pengikut bintang tersebut juga tidak puas hati dengan komen yang diberikan kerana ia seperti tidak sensitif untuk ungkit perkara lama.

Aliff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada September 2016 dan telah pun dikurniakan anak lelaki, Ayden Adrean Julai lalu.

Foto: Instagram Aliff Aziz

 

Published by
Rafiq Mazlan