Pelakon, Sharifah Sakinah yang sinonim menerusi drama bersiri ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ sedia dikenali sebagai antara selebriti yang agak lantang menyuarakan pendapat.
Khususnya mengenai kisah sensasi melibatkan selebriti tempatan.
Baru-baru ini, dia kembali menjadi buah mulut apabila dia dikatakan menyindir seorang selebriti.
Diajukan persoalan tersebut Sakinah memberi jawapannya kepada MH. Jelas Kinah, lebih baik untuk netizen bersangka baik.
“I think is better for netizen untuk berhusnuzon dan bersangka baik sahaja. Sebab I think masing-masing, dia main Instagram dengan permikiran masing-masing.”
“So kalau awak rasa benda tu menganjing, menganjing lah…kalau rasa benda tu tak menganjing, tak menganjing lah…,” katanya jujur.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, dia hanya memberi pandangan terhadap sesuatu isu sahaja.
“Tapi bagi Sakinah, I just react to what happened yang berlaku sekarang,” kongsinya.
Sakinah juga turut menegaskan bahawa perli memerli ini bukan cara dia untuk memerli rakan-rakan artis yang lain.
“Perli memerli ni bukan cara saya because all the celebrities are my friends. Saya akan cakap direct sebab saya tak perli, sebab kalau ada apa apa saya akan cakap direct” kata Sakinah lagi.
Ini adalah penjelasan Sakinah kepada netizen yang sering memberi perspektif yang negatif terhadap Sakinah.
Diharapkan netizen jelas dan paham dengan penjelasan darinya okay.
Gambar : Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI