Model dan hos, Ain Edruce ada memberi pesan kepada peminat yang merancang untuk mencuba minuman viral yang dikenali sebagai Dalgona Coffee yang kini menjadi sensasi di dunia maya.
Jelasnya juga, suaminya, Amirul Hafizz turut mencuba hidangan sama meski dia tidak pernah minum coffee sebelum ini.
Perkara tersebut dikongsikan pengacara Hero Remaja 2020 ini menerusi Instagram.
“KHAS UNTUK SIAPA YANG NAK CUBA #DALGONACOFFEE. So, kiteorg ade cuba jugak ok.
“Jadi @amirul_hafizz die x pnh minum coffee, die pun try dalgona, ape yang jadi kat mirul lebih kurang sama dengan ape korang baca kat atas sebab die x penah minum coffee.
“Aku and @edila_edruce jadi mcm ape korang tgk tu. HYPER TEROK. So careful untuk sesiapa yg nak cuba 1st time okay,” jelas Ain sambil berkongsi video serta lampiran terkait.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat turut berkongsi pengalaman masing-masing dan rakan selebriti turut memberikan reaksi.
Terdahulu, pelakon Betty Rahmad turut berkongsi situasi sama apabila mencuba minuman berkenaan.
Foto: Instagram Ain Edruce