Penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo, Sissy Iman memohon maaf kepada semua andai ada yang tidak suka dengan persembahannya malam tadi.
Menerusi minggu keenam saingan itu, Sissy bersama pasangan duo, Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi yang dipopularkan Hael Husaini di dalam versi kerocong sebagai melengkapkan Tema Tradisional.
“Musik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedarkan hal itu atau masih belum cukup menyedarinya.
“Saya tidak pernah terfikirkan diri ini untuk terus berkarya tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya telah lakukan sejak berusia lima tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.
“Saya akhirnya menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan Sissy di Instagram, sejurus program realiti itu tamat dipercayai susulan komen yang diterimanya daripada salah seorang juri tetapnya, Mas Idayu.
Mas Idayu mempersoalkan mengenai pemilihan lagu berkenaan selain prestasi persembahan memandangkan kini ia sudah memasuki minggu keenam.
Sissy kemudiam dirakam tidak dapat menahan sebak hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick hingga tidak mampu meneruskan ucapannya sejurus persembahan.
Naim bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas setiap komen serta sokongan yang diberikan semua pihak sepanjang menyertai program tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.