Isteri kepada penyanyi, Tajul Ariff iaitu Nurul Shamieza Eddie ada menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Kongsi Shamieza, dia bersyukur kerana suaminya itu sentiasa berada di sisi terutamanya ketika saat jatuh dan bangun sepanjang empat tahun bersama.

Malah, dia turut berharap agar hubungan yang dibina akan berkekalan hingga ke syurga kelak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @icaaeddie

 “Happy anniversary sayangku, terima kasih jadi suami & daddy yang baik. Susah senang jatuh bangun kita bersama selama 4 tahun ni.

Ads

“I sayang you dunia akhirat, semoga perkahwinan kita sampai ke jannah,” tulisnya di Instagram.

Mengakui diri tidak sempurna, namun Shamieza tetap berazam untuk menjadi isteri serta ibu yang terbaik buat keluarga kecil mereka.

“Maafkan I, I tak sempurna macam perempuan lain I banyak kekurangan, tapi InsyaAllah I akan jadi isteri dan mommy yang terbaik buat you and anak anak-anak kita,” kongsinya lagi.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat ucapan manis tersebut selain turut mendoakan semoga pasangan ini akan kekal bahagia sehingga ke anak cucu.

“I Banyak Kekurangan, Tapi InsyaAllah I Akan Jadi Isteri & Mommy Terbaik,” – Sayang Dunia Akhirat, Ini Ucapan Isteri Buat Tajul “I Banyak Kekurangan, Tapi InsyaAllah I Akan Jadi Isteri & Mommy Terbaik,” – Sayang Dunia Akhirat, Ini Ucapan Isteri Buat Tajul

Ads

Terdahulu, Tajul dan Shamieza telah mendirikan rumah tangga pada tanggal pada tanggal 10 Disember 2017.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Adriana Carissa yang kini baru berusi setahun.

Sumber : Instagram Nurul Shamieza Eddie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI