Pelakon Ruhainies ingin tampil memohon maaf kepada isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah susulan kemelut yang berlaku membabitkan mereka.
Menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Insta Stories, Ruhainies turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Bella bagi menjernihkan hubungan di antara mereka.
“I would like to say a few words today in regards to the current issues that has been on going.
“I chose to berdiam diri, bukan nak mengiya or menidakkan, tetapi with my niat to avoid fighting on social media and further extending the issue.
Ads
“With my humblest of apologies, I would like to sincerely apologize to Bella Astillah for everything that has happened.
“I would like to meet with you as well to clear the air so we can close this book and move forward and be happy again,” kongsinya.
Dalam masa sama, Ruhainies juga meminta maaf kepada semua pihak yang terbabit dan terkesan atas isu yang berlaku.
Ads
“I would also like to sincerely apologize to those that were also implicated and affected by this.
“I would also like to extend my sincerest of invites to Sarah Yasmine as well, to join us so we can, as well clear the air on everything that has been ongoing and settle everything.
Ads
“I truly hope Bella and Sarah will allow me the opportunity to meet with them.
“Truly, with my humblest of apologies, I apologize again for everything that has happened. Thank you and assalamualaikum,” kongsinya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara memuat naik beberapa keping fotonya ketika hadir menyokong pertunjukan fesyen bersempena dengan Kuala Lumpur Fashion Week, semalam, fizikal Mimi Lana menjadi bualan netizen.
Cantik mengenakan persalinan rona merah cili dari jenama antarabangsa lengkap sama boot hitam paras lulut penampilan bintang Cari Aku Di Syurga itu ”memancing mata’ ramai.
Lalu, ada juga yang turut menyentuh mengenai bentuk pahanya yang dikatakan kurus, meski ada yang membayangkan Mimi Lana tampak menawan pada majlis berkenaan.
Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan pengguna media sosial setakat ini masih belum mendapat reaksi darinya.
Dalam perkembangan lain, Mimi kini baru selesai menjalani penggambaran filem seram, Pusaka. Turut sama terlibat dalam filem berkenaan ialah kekasihnya, Shafiq Kyle.
Foto: Instagram Mini Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Zayn Malik tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita selepas putus cinta dengan supermodel Gigi Hadid, 28, pada dua tahun lalu.
Terbaharu, penyanyi kelahiran British itu didakwa sudah kembali berteman apabila dia kini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi dan pelakon Selena Gomez.
Malah, kedua-duanya juga ‘ditangkap’ berciuman serta saling berpegangan tangan ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran mewah di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Hubungan mereka dikatakan serius selepas Zayn, 30, baharu sahaja mengikuti akaun Instagram Selena, 31, yang mempunyai lebih 400 juta pengikut.
Zayn mempunyai seorang anak perempuan bersama Gigi yang diberi nama Khai.
Biarpun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, namun kedua-duanya tetap bersahabat baik demi anak mereka yang kini sudah berusia tiga tahun.
Manakala, Selena yang juga merupakan bekas kekasih kepada Justin Bieber ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti popular lain seperti The Weeknd, Orlando Bloom dan Niall Horan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...