Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad menyifatkan antra detik yang paling indah dalam hidupnya adalah ketika saat pertama kali dia mendakap anaknya, Ardy Wira sebaik sahaja selamat di
Menurut Betty, segala yang berlaku pada hari tersebut masih segar di dalam ingatannya sehingga kini.
“I remember the first i held u in my arms 19 January 2019 6.30pm. Tak pernah share my labor experience before. So on this special dah, i would like share w u guys yang selalu tanya. Had bad contractions since 530am and went straight to the hospital.
“Dekat hospital nurse checked bukaan masih 3cm-4cm (i cant remember haha). So setelah beberapa kali check bukaan still sama. Doc datang check around 10am and decided to give me Pitocin i pun taktau apa benda tu masa tu. Lepas tu pecahkan air ketuban.
“Yes i was like whattttttt. I dapat rasa air keluar and tak boleh control. Ok few hours after that, sakit tak ingat dunia dah. Pendekkan cerita, from 9am – 5pm i layan contractions yang TERAMAT sakit Ya Allah tuhan je tau,” tulisnya.
Ads
Menerusi perkongsian di Instagram, Betty memaklumkan dia bersetuju untuk melakukan pembedahan selepas hampir sejam usahanya untuk meneran gagal
“No epidurals. By 5ish nurse check and bukaan dah 10cm. Ready to pushhhhhhh!
Push punya push punya push for 1 hour. Still tak keluar. And then doc came and cakap i kena pilih untuk vacuum or emergency czer sebab dah terlalu lama push bahaya for baby.
“If i choose vacuum, kalau still tak boleh keluar i have to go emergency czer also. So ok, me and husband decided for emergency czer. The sad part Emergency czer husband tak boleh masuk ot duduk sebelah. Fuh masa tu sedih, takut semua ada.
Ads
“So masuk ot terus kena duduk cucuk epidurals dekat tulang belakang (yang i duk layan contractions berjam-jam sebab taknak epidurals sebelum tu). Lepastu baring tak rasa apa-apa. After few minutes, i dengar suara baby menangis tapi sedap sangat suara tu. Tak nyaring macam baby lain,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Betty tetap meluahkan rasa syukur kerana segala urusannya saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
“Dalam hati macam “eh suara anak aku ke”? Lepastu nurse datang “congratulations puan your baby is here” sambil tunjuk Wira yang mata dia tengah jeling saya. Sampai harini i tak boleh lupa the look! MasyaAllah.
Ads
“So Alhamdulillah mummy dapat rasa macam mana beranak normal & emergency czer. Combo! Dan lahirlah @ardywira_ penyeri hidup kami. Alhamdulillah syukur.
“Proses recovery/berpantang agak mencabar sangat. Perut sakit bawah pun sakit tau. Jalan pun macam nenek si bongkok 3. But semua sakit hilang bila tengok anak depan mata. My one & only hero @ardywira_ #ardywira,” akhirinya.
Terdahulu, Betty telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Ardy Damis pada tanggal 4 Februari 2018.
Sumber: Instagram Betty Rahmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian satu hantaran video menerusi Instagram usahawan Datuk Seri Vida baru-baru ini ‘memancing’ mata netizen yang menonton.
Masakan tidak, pengasas kosmetik yang pernah muncul dengan beberapa buah single itu selongkar koleksi tudung yang terdiri daripada pelbagai jenama khusus untuk diberikan kepada pembeli produknya yang terpilih.
Menurut Vida, dia bermurah hati untuk menghadiahkan 200 helai tudung.
“Semalam sebanyak 100 helai tudung saya hadiahkan kepada yang dapatkan Perfume Aura DSV. Untunglah siapa yang bertuah tu.
“Malam ni saya nak Buka Round 2. 100 Helai lagi akan dihadiahkan walaupun saya sayang sangat tapi nak buat macam mana. Rasa berdosa tak pakai,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Sambil selongkar, Vida sempat berceloteh kerana menyiapkan persalinannya yang perlu senada setiap kali menghadiri tugasan di luar kawasan.
“Kalau saya outstation saya memang stres gila sebab nak cari semua yang ‘matching’. Sebab itu semua warna, rekaan tudung saya beli. Tapi masa nak punggah tu azabnya.
“Saya nak ke Kuala Lumpur tiga hari. Jadinya tudung yang saya kena bawa pun kena ‘matching’ dengan baju. Tapi bila banyak tudung… macam berdosa pun ya. Macam mana nak bagitu,” katanya.
Menurut Vida lagi, ada tudung yang dibelinya sejak sekian lama belum pun dipakai.
“Saya ni sebenarnya gemarkan tudung. Ibarat kata macam-macam jenis tudung saya suka beli, suka buat sebagai selimut, buat tengok TV. Ini tudung Dior, RM7,000.
“Dia bercampur macam perut lembu dalam kotak. Ada yang dah macam perut lembu dalam ni (almari). Saya pun tak tahu mana yang murah dan mahal, tapi kita pilih secara rawak hadiahkan tudung saya ni,” katanya lagi.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 80,000 kali beserta beratus komen yang ditinggalkan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi baharu, Aliff Iskandar tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini selepas menemui episod kegagalan dalam perhubungan yang terjalin sebelum ini.
Menurut Aliff, apa yang menjadi keutamaannya sekarang ialah masa depan kerjaya seninya sebagai penyanyi, penulis lagu selain mahu beri fokus sebagai pelajar di Institut Perguruan Ilmu Khas.
“Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Saya reda apabila hubungan saya berakhir tahun lalu. Ia berpunca daripada salah faham yang tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya reda apabila hubungan cinta selama lima tahun tidak mampu diteruskan. Saya okey dengan perpisahan ini kerana hidup perlu diteruskan.
“Lagipun dia sudah pun mempunyai kekasih hati baharu dan saya enggan memikirkannya lagi. Saya pun dah malas nak fikir soal cinta dan mahu fokus kerjaya terlebih dahulu,” katanya.
Dia bagaimanapun belajar daripada pengalaman seterusnya berharap dipertemukan wanita yang memahami satu hari nanti.
“Saya suka gadis yang boleh memahami dan terima kerjaya yang saya pilih ini. Sebagai manusia, kita mempunyai perasaan cemburu.
“Apatah lagi kerjaya seni banyak spekulasi ataupun perkara yang mendatangkan perasaan cemburu. Oleh itu, saya mahukan gadis yang benar-benar memahami kerjaya saya,” katanya yang akui ada menyelitkan kisahnya di dalam lagu yang dihasilkan.
Dalam pada itu, Aliff turut bersyukur kerana dia semakin diterima dalam seni dan akui masih dalam proses belajar untuk menjadi yang lebih baik.
“Banyak yang belum saya terokai. Sekarang saya mahu fokus membina kerjaya dan dalam masa sama, belum tamat belajar.
“Saya akan menamatkan pengajian dalam tempoh setahun setengah lagi. Jadi, saya mahu tolak perkara yang tidak penting untuk difikirkan,” katanya.
Aliff yang juga artis di bawah naungan Indigital Music akan muncul dengan single terkini berjudul Takdir.
Lagu itu akan menjadi runut bunyi bagi drama Saat Ku Tak Takluk Cinta Ini siaran TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Faye Kusairi telah selamat melahirkan bayi keduanya, Ahad lalu.
Faye yang baru mengalami Bell’s Palsy itu merakamkan rasa syukur kerana dia dan bayi perempuan yang baru lahir berada dalam keadaan sihat.
“Assalamualaikum, saya ingin berkongsi berita gembira kepada semua.
“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan anak perempuan kami pada hari Ahad lepas.
“Syukur ke hadrat Ilahi juga, saya dan baby berada dalam keadaan sihat. Harini saya dan baby sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah,” tulisnya dalam satu hantaran terbaru di Instagram.
Merakamkan ucapan terima kasih atas doa semua, bintang ini memaklumkan sedang berehat selain turut berjanji akan berkongsi wajah permata hati keduanya tidak lama lagi.
“Terima kasih buat semua yg tak putus2 doakan kebaikan dan kesihatan saya berkenaan dengan Bell’s Palsy juga selama beberapa hari ni.
“Maaf, saya belum mampu nak attend semua komen mahupun DM. Saya akan cuba juga update from time to time regarding my progress as well as keadaan saya berpantang nanti.
“I will share gambar baby soon bila sudah betul2 bersedia ya? Buat masa ni, izinkan saya dan baby berehat dan gain back my energy during these few days berpantang.
“Thank you all for your support, love, respect and kindness,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Faye mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pengarah, Azmi Hatta pada 9 April 2017 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki sebelum ini.
Foto: Instgaram Faye Kusairi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!