Ketika ini, musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sejak Ahad lalu dilaporkan bertambah buruk dan jumlah mangsa yang dipindahkan juga dikatakan semakin meningkat hari demi hari.
Perihatin dengan nasib yang menimpa mangsa, ramai diantara kita yang dilihat tidak putus-putus mengulurkan bantuan terutamanya berbentuk barangan keperluan asas bagi meringankan beban buat mereka yang terkesan.
Terbaru, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah memaklumkan dia akan menghantar bantuan berbentuk pakaian dalam buat mangsa-mangsa banjir di Pahang.
Menerusi sebuah entri yang dimuat naik pada Rabu, Shahirah menjelaskan, mungkin sesetengah daripada kita menganggap perkara tersebut sebagai satu bahan jenaka tetapi hakikatnya barangan tersebut merupakan keperluan yang sangat penting.
“Ni cakap terus terang ye, seluar dan baju dalam baru saya nak kena beli. Sangat diperlukan.
“Aku nak kena pergi beli. Size nasib la main beli ni. Ke banyak xl keatas? I faham sangat. Benda dah terdesak nak pakai. I donate lain daripada lain sebab tu pun penting,” tulisnya di Instagram.
Sebelum ini, kakak kepada pelakon, Sharifah Sakinah ini ada memaklumkan dia akan menghantar bantuan air bersih memandangkan ianya amat terhad buat para mangsa banjir.
“Okay ni pun I campur-campur duit korang bagi beli air beli barangan dalaman. Seluar dan bra. Dekat mana murah nak cari ni? Borong dekat mana ek? Nak gelak, gelak la. Tapi ni sangat penting,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selain turut memberikan respon terhadap pertanyaan Shahirah itu.
Selain, Shahira antara selebriti lain yang turut giat menghantarkan bantuan adalah seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shuib dan Siti Sarah, Datuk Seri Aliff Syukri, Ustaz Ebit Lew dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Sharifah Shahirah