Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime ada berkongsi video yang memaparkan dia sedang menikmati semangkuk mee.
Dalam pada itu, Atikah mengakui dia amat menggemari makanan Asia seperti hindangan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“I love Malaysia for the budu, I love Indonesia for the sambel, I love Singapore for the noodles,” tulisnya.
Meski membesar di Tampines, Singapura, namun pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu amat menggemari makanan popular Pantai Timur iaitu budu.
Lalu, netizen telah memberikan komen terhadap video berkenaan.
Lantas, Atikah membalas ringkas.
Wah! Lain orang, lain cita rasanya kan. Yang penting, perut kenyang!
Video : IG Atikah Suhaime