Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi pengalamannya apabila mendapatkan rawatan ‘Sulam Bedak’ beberapa bulan lalu yang akhirnya dikatakan memberi kesan kurang baik terhadap kulit wajahnya.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut mendedahkan, kulitnya juga didakwa bertukat kusam dan ditumbuhi jerawat selepas melakukan rawatan berkenaan.
“Okay i nak share sikit pengalaman i buat ‘Sulam Bedak’. Ya mungkin ada yg tak pernah dgr dan mungkin ada jugak yg cakap awat buat sulam bedak? best ke tak? okay meh i story.
“Alkisahnya sebelum raya haji haritu, i duk tgk org buat sulam bedak sana sini and i ingatkan boleh cepat cun lah, like macam bangun pagi muka cantik dah gituuu. (pendek akal).
“Tapi dipendekkan cerita, i pun pi lah buat Sulam Bedak dekat one of the famous Medispa yg ada dekat Shah Alam. I pegi tu pun dah lewat dah, around 10pm onward macamtu. so i started my treatment around 11pm macamtu kot.
“Without asking so many question, i pun masuk kedalam bilik utk buat Treatment tu lh, then dorang start cuci sikit muka then terus letak cream yg bagi kebas muka tu. 30min later start proses sulam tu, proses tu kejap gila dalam 10min macamtu jeee, and siappppp!
“So i pun expect muka i dah cantik putih helokk macam gadis korea lah, tapi malangnyaaa tidak! Sumpah, i keluar dari Medispa tu, muka i KUSAM! tapi i husnuzon lagi, i pikir maybe esok kot cantik.
“Tapi tidakk ye, berterusan dengan kulit kusam dan bermula lah episod naik jerawat yg satu lubang ada 2ketul. Naik jerawat dekat kawasan yg tak pernah naik jerawat. Jerawat dalam skin yg tak keluar, bila tekan je kat muka, rasa ada biji2 kat dalam. Stress ya!,” tulisnya lagi.
Berikutan situasi yang berlaku, dia memaklumkan dirinya rasa ‘down’ dan mulai terfikir untuk kembali mendapatkan rawatan sepatutnya.
“So, lepas beberapa bulan i rasa down teruk dgn skin i sampai pi shooting makeup artis bising muka teruk, dulu okay tp gatal p buat sulam bedak sgt. aduhhh i dh fikir nak kena cuci balik dari dalam sbb kalau tak, masalah jerawat akan berterusan.
“Sampailah baru ni i jumpa owner @medinaladiessalon , @nurakmalmedina dia cakap i kena detox n cuci balik dari dalam. dan memandangkan i mmg biasa buat facial dekat @medinaladiessalon , i pun terus p buat 4hari lepas, i buat CORAL KOREAN FACIAL, treatment ni mmg akan cuci dari dalam.
“Lepas facial, i kena pantang makeup atleast 3hari. Now hari keempat i dah nampak perbezaan dia, jerawat dlm skin pun dh berkurangan and parut pun makin pudar, lepasni kena repeat lagi sampai lah i dapat ‘Glass Skin’ hehe
“Korang kalau muka tu dah licin elok, janganlah gatal2 buat treatment pelik2, kang rosak muka menyesal tak sudah,” pesannya lagi.
Foto: Instagram Nadya Syahera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI