Penyanyi Liza Hanim menyatakan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak membuat spekulasi sendiri dengan mendakwa bahawa video menangisnya yang tular di media sosial sejurus malam final All Stars Gegar Vaganza adalah disebabkan kekecewaannya kerana tidak bergelar juara.
Menerusi kemas kininya di Instagram, penyanyi lagu Puteri Jelmaan itu tampil menjelaskan situasi sebenar, bersama tangkap layar penuh temubual.
“I feel there is a need to adress this, since ramai yang salah anggap dan cakap kakak menangis di sidang media Final ASGV kerana kakak tidak memenanginya.
“Mohon untuk dengar screen record penuh interview dan soalan yang menyebabkan kakak sebak dan menangis.
@mediahiburanofficial Penuh emosi dan mendayu, Liza Hanim ibarat bawa kita throwback filem mega, Titanic. Love this! Malam tadi, Liza Hanim di tangga ke-4 keseluruhan dengan 72.34% #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 44, meminta semua pihak mendengar dengan teliti semula klip video temubual tersebut.
“Saya juga mohon kepada platform berita hiburan yang dengan tidak bertanggungjawab edit interview ini dan memberi naratif yang totally salah untuk menarik perhatian pembaca dan penonton yang terus mendapat gambaran yang salah, untuk kebih bertanggungjawab dalam kerja anda.
“Ok now , lets move on,” tulisnya yang menduduki senarai keempat keseluruhan dengan pungutan markah sebanyak 72.34 peratus.
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, ramai yang menitipkan kata semangat buat Liza selain ada yang menyatakan kecintaan mereka terhadap penyanyi hebat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini