“I berjanji akan jaga you.” Itu ikrar cinta yang dilafazkan Haziq Nadzli buat isterinya, pelakon Eyra Hazali sejurus diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri.

Janji penjaga gol skuad JDT ini lagi, dia akan sentiasa berada di samping isteri tercinta dalam apa sahaja situasi sekali pun.

“Akan selalu dengan you tak kira you di atas ke, bawah ke, I akan tetap dengan you,” katanya lagi.

Lalu, dedikasi yang diberikan itu dibalas dengan janji hampir serupa Eyra. Maklumnya, dia hanya mengharapkan si suami agar terus membimbing seterusnya menjadi ‘imam’ terbaik buat dirinya.

“Terima kasih dengan ada dengan I walaupun ketika di waktu sukar. InsyaAllah kita akan kekal begini hingga ke jannah.

Ads

“I hanya harapkan you untuk membimbing I sampai ke syurga,” doa Eyra.

Sedutan video ikrar cinta itu turut dikongsikan menerusi Instagram Media Hiburan.

Ads

Mengimbas memori manis , pelakon Mr. Grey itu selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.

Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Ads

Seterusnya, pasangan sama cantik sama padan ini turut mengadakan beberapa majlis resepsi khas buat keluarga dan teman-teman.

Foto: Instagram Eyra Hazali, Haziq Nadzli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI