Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mendedahkan dia tidak pernah menjangka jodohnya panjang dengan pelakon berkenaan hingga membawa ke fasa perkahwinan.

Lucunya, pada awal, Tya sangkakan bahawa suaminya itu seorang gay!

Tya berkongsi kisah berkenaan menerusi ruangan Instagram Stories Ask Me Question, awal malam tadi selepas ditanya salah seorang peminat.

Ads

“I Ingat Dia Gay Dulu Sebab…,” – Aduh! Isteri Dedah Pernah Sangka Syukri Yahaya Pencinta Sejenis

“Tak…i ingat dia gay dulu. Sebab dalam filem Ular, dia bawak karektor gay. Sebab dia kan kalau berlakon macam real gila kan…

Ads

“So sumpah i ingat dia gay! Ahahahaha sorry sayang if you read this. I love you much much now,” kongsi Tya.

Ads

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan  dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena yang dilahirkan pada 24 Ogos 2016.

Foto: Instagram Tya Adnan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI