
Penyanyi, Haqiem Rusli yang terkenal dengan lagu Selamat Tinggal Sayang telah memuat naik satu gambar berserta kapsyen iaitu;
“I just was looking for my baby,yes you’re my baby”.
View this post on Instagrami was just looking for my baby,yes you’re my baby.
A post shared by YTJT (@haqiemrusli98_) on
Lalu, Ibu kepada Haqiem telah membalas status tersebut terhadap gambar sama iaitu “Baby2 apa ni kem.. AJL dah nak dekat.”
Gelagat dua beranak ini membuatkan netizen tertawa dan terhibur apabila melihat ruangan komen di akaun Instagram Haqiem.
Kini, Haqiem sedang sibuk membuat persiapan untuk bertandingkan lagu di pentas Anugerah Juara Lagu 33.
Diucapkan semoga berjaya kepada Haqiem!
Foto: Instagram Haqiem Rusli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Camping Di ‘Hidden Place’, Ini Cara Pelakon 30 Pesanan Suara, Ruzana Ibrahim Isi Masa Sama Suami, BBQ Erat Kasih Sayang

Pelakon Ruzana Ibrahim baru-baru ini telah meluangkan masa bersama suaminya, M. Fadhil Zakaria dengan mengadakan aktiviti berkelah di Air Terjun Sungai Dua, Karak, Pahang.
Malah, bintang drama 30 Pesanan Suara itu juga ada berkongsi gambar aktiviti bersama suami dengan mengadakan aktiviti perkhemahan, BBQ dan unggun api untuk bermalam di lokasi tersebut.
Difahamkan, pasangan ini tidak membuat sebarang perancangan awal untuk mengadakan aktiviti santai seperti itu.
Menggunakan kereta pacuan empat roda (4WD), pasangan ini seronok mengadakan aktiviti bersama.
Sementara itu, di ruangan komen, rakan selebriti turut meninggalkan komen terhadap cara mereka meluangakan masa bersama.
Lain orang, lain caranya untuk meluangkan masa bersama. Mungkin ada yang suka ke tempat peranginan, pelancongan dan sebagainya.
Namun, pasangan ini memilih untuk meluangkan masa di salah sebuah tempat ‘tersembunyi’ di Pahang.
Untuk rekod, Ruzana,35 dan Fadhil, 37 berkahwin pada 11 Mac 2018 Garden Rooftop, Sunway Nexis, Kota Damansara.
Foto : Instagram Ruzana, Fadhil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Bukan Hadiah, Dia Anugerah,”- Achey Gembira Isteri & Anak Angkat Sebagai Penyeri Hidup

Pelawak Achey atau nama penuhnya Mohd Nasir Hamzah meluahkan rasa syukur kerana masih dipanjangkan usianya sehingga hari ini.
Perkara itu dikongsikan kumpulan Bocey itu kerana hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya.
Lebih gembira, kehadiran Nur Tiara Zinnirah yang merupakan anak angkat Achey dan isteri tercinta, Nor Hasanah sebagai penyeri hidup.
“Alhamdulillah syukur YA Allah aku di beri nafas lagi di bumi mu ini, 17.8.2019.
“Gambar di atas @tiara_zinnirahofficial masih menjadi hadiah paling istimewa padaku.
“Di samping isteri Yang sentiasa memahami @anne_achey.
“Dia bukan hadiah tapi dia adalah anugerah. Masih lagi di beri peluang oleh mu Allah untuk aku berbakti pada ahli keluarga ku.
“Aku pohon diberikan kesihatan yang panjang agar tanggungjawapku dapat ku teruskan untuk orang2 sekelilingku, aminnn,” tulis Achey.
View this post on InstagramA post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Sementara itu, menjengah di Instagram Hasanah atau mesra disapa Anne, dia turut menitip ucapan buat suami tercinta.
“Setiap hari, aku bersyukur atas pemberian Tuhan yang terindah, iaitu dirimu @acheykintangkintung .
“Saya sayang awak, suami! Happy birthday sayang..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki yg melimpah-ruah, aminnn ya Allah.
“Aku bersyukur diberikan cahayamata yg terindah jugak buatku @tiara_zinnirahofficial mama syg adik dan ayah.
“Awak dah semakin tua by @acheykintangkintung. We love u sayang…tq jadi ayah n suami yg terbaik buat kami, 17/8/2019,” tulis Anne pula.
View this post on InstagramA post shared by 😍 #yangterindah (@anne_achey) on
Achey dan Anne berkahwin dengan pada tahun 2011.
Pasangan ini membuat keputusan untuk mengambil anak angkat pada Mei 2018, yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.
Foto: Instagram Achey/Anne
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kerajaan Hanya Minta Kita Putuskan Rantaian Covid-19 Ini Sahaja,” – Jasmin Hamid Sifatkan 2020 Sebagai Tahun Sangat Berbeza Bagi Umat Islam

Jasmin Hamid berkongsi sedutan pengumuman Perdana Menteri sempena Hari Pekerja yang menyatakan perjalanan pulang ke kampung tidak dibenarkan bagi menyambut Aidilfitri.
Jelasnya, tahun 2020 merupakan tahun yang sangat berbeza dalam cara hidup terutamanya bagi yang beragama Islam. Tambahnya, kerajaan hanya meminta rakyat memutuskan rantaian wabak dan bukannya ikatan silaturahim.
“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat berbeza cara hidup kita terutamanya untuk semua Umat Islam.
“Pada yang dah memang ada dengan kaum keluarga, Bersyukurlah. Dan pada yang terpisah dari keluarga, jangan bersedih. Allah sentiasa ada dengan kita.
“Kita masih BELUM MENANG. Kerajaan hanya minta kita PUTUSKAN RANTAIAN COVID_19 ini sahaja. Bukan putuskan silatulrahim.
“Lapangkanlah dada kita semua untuk menjalani UJIAN ALLAH ini dengan REDHA seperti orang yang BERIMAN.
“Setiap apa juga UJIAN yang ALLAH turunkan, pasti ada hikmah di sebaliknya.. BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH!
“JANGAN INGKAR ARAHAN KERAJAAN kalau tak nak beraya di HOSPITAL atau KUBUR ..JANGAN BUNUH DIRI. Hebat Bukan?” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Walaupun rakyat Malaysia telah mula bekerja, namun selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, perjalanan rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan.
Foto : Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI