Penyanyi dan pengacara, Neeta Manisha meluahkan rasa kesal selepas ada pihak bertindak mempersoalkan mengenai warna kulitnya di ruangan komen di Instagram.

Menurut Neeta, ini adalah perkara yang sering dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.

“The shit I have to deal with,” tulisnya.

Rasa kesal tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya.

Ads

Bagaimanapun, vokalis kumpulan Iamneeta itu menjelaskan individu tersebut telah pun telah pun membuat permohonan maaf dan menyedari akan kesilapannya itu.

Ads

“The dude apologised, i maafkan dia.

“Harap lepas ni dia aware sikit dengan apa dia tulis, and hopefully dia belajar jugak from his mistake,” kongsinya lagi.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan individu berkenaan selain turut memberi kata-kata semangat buat Neeta.

Sumber: Twitter Neeta Manisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI