Pelakon dan penyanyi, Azza Elite mengakui berasa amat kecewa apabila niatnya untuk membantu para peniaga tempatan telah disalah erti oleh segelintir pihak.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Azza memaklumkan terdapat beberapa individu yang dilihat kurang senang serta menganggapnya tidak sensitif dengan keadaan semasa gara-gara tindakan yang mempromosikan iklan durian.
View this post on Instagram
“Kita tolong orang je pun salah. Dia ingat makan durian suka-suka. Cuba fikir yang baik-baik pasal oranh lain.
“Mungkin baru follow kita. Sebab tengok dekat ig dia follow back. Dalam musim begini buat food rebiew dengan harapan dapat bantu peniaga,” tulisnya.
Anggota kumpulan Elite itu turut menambah, dia sebenarnya memang berniat ikhlas untuk membantu peniaga tersebut dan bukanlan ingin menunjuk-nunjuk seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
Katanya lagi, dia juga tidak perlu menunggu sesi review untuk menikmati buah durian kerana menyifatkan keluarganya juga memiliki kebun durian mereka sendiri.
“Ni nak bagitahu, kalau i nak makan durian tak payah tunggu rebiew pun boleh
sebab kampung I sendiri dikenali durian paling femes di Malaysia.
“Tok Wan I ada kebun durian seluruh family I ada. I pun adalah sebab mak I punya dan for your information i hanya makan durian sebab review .
“Sebab makan adalah nak bantu adik adik belia kita yang rajin berniaga ..lillahitaala. Adik-adik tu rajin tapi kalau i nak makan, sekampung i boleh anta kat kl. Seluruh BATU KURAU boleh anta kita makn sebab niat nk bantu adik-adik tu ..
“Cik, baik tolong orang dari cari salah orang. Dari I, penggemar manggis,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memasihati Azza supaya bersabar dan tidak mengindahkan komen-komen negatif tersebut.
“Mungkin dia tengah marah. Sebab tu semua nak marah.
“Dia punya tekak tak boleh samakan dengan orang lain. Kalau dia tak nak makan, duduk diam-diam sudah.
“Biasalah tu. Kadang-kadang kita buat baik pun orang salah menilai. Orang bukan nampak apa niat kita. Tak mengapa. Janji Allah SWT tahu niat kita tu apa. Ignore je negative vibes. Semoga niat baik akak dibalas oleh Allah,” antara reaksi-reaksi netizen dilaman Instagram.
Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Sumber: Instagram Azza Elite
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI