Adik kepada pelakon Eira Syazira iaitu Syafnida Suhaimi baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto di Instagramnya.
Bintang filem Suatu Ketika itu menggayakan mini dress rona kuning bersempena dengan sebuah majlis di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bagaimanapun, terdapat seorang individu yang meninggalkan komen sinis terhadap foto yang dimuat naik.
Tidak hanya berdiam diri, Syafnida dilihat membalas komen tersebut.
Majlis tersebut turut dihadiri beberapa rakan artis termasuk Ramona Zamzam, Ainul Aishah, Nadia Brian, Reen Rahim dan Julia Farhana
Foto : Instagram Syafnida Suhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Wow! Salih Yaacob Rai Hari Jadi Bersama 3 Isteri, Hingga Ada Yang Minta Diturunkan Ilmu Cari Jodoh!
Penyampai radio Sinar yang juga pelawak senior, Salih Yaacob telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 57, semalam.
Menariknya, foto yang dikongsi akaun Instagram stesen radio Sinar, majlis ulang tahun itu tambah berseri apabila ia turut diraikan tiga orang isterinya!
Lalu, foto tersebut mendapat perhatian yang rata-ratanya kagum dengan keharmonian rumah tangga selebriti berkenaan.
Pada masa sama selain diberikan dedikasi ucapan hari jadi, ada juga peminat secara bergurau minta diturunkan ilmu mencari jodoh.
Foto: Instagram Sinar.my
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Betul Ka Mak Tiri,” – Syafiq Farhain Ucap Selamat Hari Ibu, Tapi Santesh Pula Yang Keliru
Meluahkan kata-kata sayang buat ibunda tercinta, Syafiq Farhain menulis bait-bait puitis sempena sambutan Hari Ibu semalam.
“All love begins and ends there, Mother!
Happy Mother’s Day to all mothers, and my greatest wish for you my Mama, My Juwita ♥
Ain sayang Ma,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Namun Santesh dilihat seakan keliru dan bertanya di ruangan komen.
Apapun, ia mungkin timbul rasa keliru buat penyanyi Amalina itu memandangkan ibu tiri Syafiq, Julia Bachok dilihat lebih membayangi kerana pendedahan di media.
Persoalan yang agak sensitif, netizen menasihatkan agar Santesh berfikir dahulu sebelum mengeluarkan soalan.
Apa-apa pun, pertanyaan penyanyi Amalina ini dijawab dengan baik Syafiq.
Baru MH tahu, panggilan manja Syafiq adalah Ain. Selamat Hari Ibu buat semua.
Foto : Instagram Syafiq Farhain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jay Iswazir Selamat Bertunang Bersama Azzahra, Mohon Dipermudah Hingga Ke Jenjang Pelamin
Pelakon, Ahmad Iswazir Ismail atau lebih dikenali sebagai Jay Iswazir memanjat rasa syukur setelah selamat mengikat tali pertunangan bersama suri hati pilihannya, Azzahra Ahmad, pada Ahad.
Menerusi hantaran terkini di laman media sosial Instagram, pelakon berusia 39 tahun ini telah memuat naik beberapa keping foto momen majlis tersebut untuk dikongsikan bersama peminat.
Di samping itu, pelakon filem Prebet Sapu ini memberitahu majlis pertunangan itu telah berjalan dengan lancar.
Dia turut mengharapkan perancangan langkah seterusnya untuk membina ikatan perkahwinan bersama Azzahra dipermudahkan kelak.
“Alhamdulillah segala dipermudahkan tadi.. moga dipermudahkan langkah seterusnya..Amin Officially your fiance
“Offiacial photographer @thelova.co Persalinan pertunangan from @batikpakrashid #azzahraahmadiswazir
#syukuralhamdulillah #bertunang #rasalain,” tulisnya berserta beberapa tanda palang.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat dilihat telah menitipkan ucapan tahniah kepada pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu.
“Congrats bro..lama nya xjmpe ko,” tulis rakan pelakon, Fizo Omar.
“tahniah broooo,” titip tahniah oleh pelakon Erry Putra.
“Congratulations abang!,” tulis lagi seorang wargamaya.
“So cute ! Congrats Korang,” puji netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jay Iswazir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI