
Penyanyi Aliff Aziz ada berkongsi sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Aliff atau nama sebenar Mohamad Aliff Aziz telah berkongsi gambar bersama anaknya, Ayden.
“I miss you, Junior. Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. @aydenadrean17 #MyOtherHalf #AydenAdrean”tulisnya.
Di samping itu, rakan selebriti dan peminat memberi kata-kata semangat kepada Aliff.
Terdahulu, Aliff dah isterinya, Bella telah disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
View this post on InstagramIn life you never lose. Either you win or you learn.
A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on
View this post on InstagramMi camino. Mi vida. Mi hijo. ? @aydenadrean17 #MrAndMrsAliffAzizJr
A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on
Foto : Instagram Aliff Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syahmi Sazli Syukur Nikmat Filem Satu Hari Sebelum Raya Kaut RM1 Juta Dalam Pada Live Tik Tok Kena ‘Banned’, Rezeki Allah Bagi ‘Duit Raya’

Tahniah diucapkan buat Syahmi Sazli apabila karya terkini arahannya, Satu Hari Sebelum Raya berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 Juta selepas ditayangkan sejak 6 April lalu.
Sambil meluahkan rasa syukur, Syahmi berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, baru-baru ini.
“Alhamdulillah kutipan sudah mencecah RM1,000,000. Rezeki Allah bagi duit raya di saat live tiktok kena ban selamanya. Teruskan melanggan Satu Hari Sebelum Raya di Astro First channel 480,” tulisnya.
Satu Hari Sebelum Raya adalah filem ketiga arahan Syahmi selepas Mael Totey The Movie (2020) dan 35mm (2022) dan dibarisi pelakon antaranya Wanie Rohaimie, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Samer dan Hushairy Hussein.
Badri Radzi (bekas pemain bola sepak kebangsaan), Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Kamarool Yusoff, Saiful Apek, Anissa Faizul dan Poyie Gasi turut terbabit di dalam naskhah ini.
Satu Hari Sebelum Raya mengisahkan tentang perjalanan dua adik-beradik yang hidup dalam serba kekurangan, Ika dan Yoe untuk mendapatkan sepasang baju raya pada sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Sepanjang perjalanan, mereka berjumpa beberapa jenis manusia yang bakal mengubah fikiran dan hidup mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hebat Juga Keluarga Dia Ni,” – Fathia Tak Malu Mengaku Adik Lagi ‘Hot’ & Cantik, Netizen ‘Stalk’ Siapa Dr. Fasiha Latiff

Jika sebelum ini, selebriti sensasi, Fathia Latiff dilihat kurang senang bila ada pihak yang cuba membandingkan kecantikkannya dengan orang lain.
Namun, berbeza pula kali ini apabila Fathia tidak malu untuk mengakui kenyataan bahawa adiknya yang juga merupakan personaliti media sosial, Dr. Fasiha Latiff jauh lebih cantik daripada dirinya.
Watch on TikTok
“Ini betul. Ini paling betul. Dia seorang yang menawan dan lagi cantik daripada saya. Saya mengakui perkara itu,” katanya.
Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Arianna Rose itu menerusi satu sesi siaran langsung yang dimuatkan naik kembali di akaun Tik Tok Media Hiburan.
Katanya lagi, adiknya itu bukan sekadar cantik tetapi kini sedang melebarkan sayapnya untuk bekerja Ireland.
“Dia merupakan seorang doktor. Ketika ini dia sedang berada di Dublin,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejelitaan Dr. Fasiha selain turut mengagumi reputasi yang dimiliki keluarga Fathia.
“Baru tahu rupanya adik Fathia Latif iaitu Fasiha Latif adalah seorang doktor. A beauty with brain. Hebat juga rupanya keluarga Fathia Latiff ni.
“Adik beradik dia semua lawa-lawa yang pempuan. Farhana pun cantik juga. Memang baka cantik diorang ni. Macam family Senrose. Cantik-cantik belaka.
“Dr. Fasiha sangat baik orangnya. Senang bekerjasama dengan dia.
“Betul. Pernah solat dengan Dr. Fasiha waktu bertugas di HKL. Memang cantik gila. Walaupun tak make up. Waktu tu terpegunlah dengann kecantikan dia,” antara komen netizen.
Sekadar informasi, Fasiha kini difahamkan berada di Dublin, Ireland untuk bekerja dan pada masa sama sedang menyambung pengajian untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang kardiologi.
Terdahulu, Fasiha pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) sebelum meneruskan kerjayanya di sebuah klinik swasta di ibu kota.
Fasiha juga telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Dr. Hazheem pada tanggal 19 September 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Belum Bincang Hala Tuju Seterusnya,” – Syasya Masih Lagi Artis Universal Music, Ini Ulas Pengarah Urusan

Meskipun sudah mengundurkan diri daripada kumpulan wanita Dolla, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim memaklumkan Syasya Rizal masih mempunyai kontrak bersama syarikat tersebut.
Menurut Kim Lim, pihaknya akan berbincang dengan Syasya mengenai hala tujunya bersama syarikat dalam masa terdekat.
“Di sini saya ingin memaklumkan yang Syasya masih mempunyai kontrak bersama Universal Music. Kontrak anggota Dolla ini terbentuk secara individu.
“Kemudian barulah kami menubuhkan Dolla. Namun, kami masih belum membuat sebarang perbincangan mengenai hala tuju Syasya bersama kami selepas ini.
“Syasya boleh berbincang apa sahaja dengan kami. Namun, seperti semua sedia maklum, dia kini memutuskan untuk berehat seketika. Pihak kami pun bersetuju dan hormat keputusan tersebut,” katanya kepada MH.
Kim Lim berkata sedemikian ketika sidang media selepas berakhirnya majlis rumah terbuka Universal Music Malaysia yang berlangsung di Hotel Le Meridian, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, Kim Lim turut memaklumkan mereka belum mempunyai perancangan untuk mencari ahli baharu bagi menggantikan posisi Syasya.
“Perancangan kami dibuat secara tahunan. Apa yang boleh saya katakan, untuk tahun ini, kami tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menambah ahli baharu.
“Sejujurkan bukan mudah untuk bergerak daripada empat kepada tiga orang ahli kumpulan.
“Namun, anggota Dolla yang lain juga kini sudah bersetuju untuk bekerja keras dan komited dengan segala perancangan yang sudah diatur,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada pihak Universal Music Malaysia ada memujuk Syasya untuk mempertimbangkan semula keputusannya itu, Kim Lim menegaskan pihak syarikat sentiasa menghormati keputusan para pekerja dan artis.
“Tiada proses pujuk memujuk. Setiap berbincangan di syarikat akan bermula daripada saya. Saya seorang yang sangat mudah bekerja.
“Bila ada pekerja bagitahu yang mereka mahu meletakkan jawatan, saya akan hormatinya kerana saya tahu mereka sudah pun berfikir panjang. Mereka tahu apa yang mereka buat.
“Saya tahu Syasya juga pasti berat hati untuk membuat keputusan ini. Namun, semua pihak berhak memilih kebahagiaan mereka sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, keputusan Syasya untuk mengundurkan diri daripara Dolla ketika sedang di puncak kerjaya nyata mengejutkan ramai pihak.
Bagaimanapun, segala persoalan dan spekulasi terjawab selepas Syasya mengumumkan perkhabaran yang dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan pada 20 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI