Datuk Hans Isaac ada memuat naik foto terbaru di akaun Instagram miliknya.
Foto tersebut memaparkan Hans menerima sejambak bunga sejurus selepas tamat proses rakaman program terbaru pelakon dan pengacara, Neelofa berjudul Next To Neelofa.
“I got flowers after the interview. I must done very well,” tulisnya.
Malah menerusi ruangan caption, juri tetap Hero Remaja 2020 itu turut mengajak para pengikutnya untuk sama-sama menonton episod pertama program bual bicara tersebut.
“Don’t forget guys , Malam ni 9 malam. Episode pertama #nexttoneelofa di Astro Ria. Congrats @neelofa and team,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan komen pelbagai selepas melihat foto mesra tersebut.
Program Next To Neelofa bakal bersiaran pada setiap Khamis bermula malam ini pada jam 9.00 malam hanya di Astro Ria (123) dan Ria HD (104).
Difahamkan selain Datuk Hans, antara nama besar yang akan turut serta menjadi tetamu undangan bagi program ini adalah, Datuk Rizalman, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cukup 4 Orang Anak,” – Empat Kali Bersalin Czer, Adira ‘Ikat Peranakan’
Penyanyi Adira Suhaimi mengakui dia kini sudah ‘tutup kilang’ selepas selamat bersalin anak keempatnya, Ayub secara pembedahan pada 29 September lalu.
Susulan itu, Adira, 31, berkata, memadai jika dia dikurniakan dua pasang cahaya mata.
“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’.
“Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.
“Jadi mungkin akan ada risiko kalau saya hamil lagi. Atas sebab tertentu dan nasihat doktor, saya bersetuju (ikat peranakan). Begitu juga dengan suami.
“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.
“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, termasuk di dalam soal kerjaya juga,” katanya kepada MH.
Adira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Majlis sama turut menyaksikan perlantikannya sebagai wajah wakilan produk BodyFlasshh Drinks, minuman yang mampu mengawal selera makan.
Ditanya mengenai pemilihan nama anak bongsunya, Ayub, Adira menjelaskan dia selesa memilih nama yang senang disebut kepada anak-anak.
“Saya suka nama anak yang ringkas. Mudah untuk kita ingat. Kalau di sekolah pun, orang akan panggil nama pendek juga. Jadi lebih baik untuk saya memudahkan.
“Apa nama yang diberikan, kita pun panggil itu sahaja. Macam Ayub dia tak kan boleh dipanggil pendek lagi kan? Nama tiga anak saya yang lain pun ringkas juga iaitu Anggrek, Asan, dan Anggun,” katanya lagi.
Artikel Berkaitan;
Sekadar info, penyanyi lagu Takdir Tercipta itu mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau sinonim disapa sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gimme The Mic Final: Rezeki Farhan Mustapha Sebagai Juara, Enam Peserta The Grand Six Atur Langkah Bergaya Wakili Malaysia Ke Peringkat Global!
Tuah nyata menyebelahi salah seorang finalis program realiti, Gimme The Mic Malaysia iaitu Farhan Mustapha baru-baru ini apabila namanya telah dinobatkan sebagai juara The Grand Champion, Ahad lalu.
Kemenangan yang dilakar Farhan berjaya melayakkan dirinya membawa pulang hadiah berbilai hampir RM30,000 keseluruhan iaitu wang tunai RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa, USD2000 (RM8600) daripada Tiktok, serta sebuah lagu baru terbitan Rocketfuel Entertainment.
Persembahan konsisten dari peserta yang berusia 28 tahun itu berjaya membuatkan hati juri dan para penonton tersentuh menerusi lagu Sampai Mati nyanyian asal Hazama dan Berhenti Berharap dari Sheila On 7.
Malah salah seorang jurinya, Bunga Citra Lestari turut dirakam sebak ketika Farhan membuat persembahan.
“Alhamdulillah, walaupun baru sahaja pulih daripada Influenza A dan suara yang tidak berapa okey, saya akhirnya bergelar juara.
“Memang tak sangka, tetapi mungkin ia sudah rezeki saya malam ini. Peserta lain pun hebat juga, jadi sudah tentu mereka juga layak berada di kedudukan enam terbaik” katanya.
Menurut Farhan yang pernah bekerja sebagai penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program ini, dia pernah menyertai pelbagai program realiti lain termasuk Akademi Fantasia 2015.
“Saya ingat lagi, ketika cabar diri untuk sertai Akademi Fantasia 2015, saya tidak lepas ke konsert prelude.
“Begitu juga dengan pertandingan lain, pasti kandaw di pertengahan jalan. Jadi, bila tiba minggu separuh akhir Gimme The Mic, saya risau, bimbang perkara sama berulang,” katanya lagi.
Dalam pada itu, 30 peserta telah mempamerkan kehebatan vokal dan kreativiti melalui persembahan, mereka yang konsisten dan mengagumkan sepanjang program ini berlangsung.
Setiap minggu, mereka berusaha untuk memukau hati para juri serta penonton menerusi pelbagai tema lagu dan pada minggu akhir ini, hanya 10 peserta terpilih diberikan kebebasan untuk memilih lagu sendiri.
Kini, enam daripada mereka iaitu Farhan Mustapha, Syaffiq Sahli, Ameerais, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, dan Bulan Asyraff berjaya melayakkan diri sebagai The Grand Six.
Kesemua mereka bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Program Gimme The Mic Malaysia diadili oleh juri tetap iaitu komposer prolifik Ajai di samping Yuna, Hael Husaini dan bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari.
Sementara, Sherry Alhadad dan Sean Lee selaku pengacara program yang bersiaran selama lapan minggu itu yang dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Tersalah Pilih Akan Jadi Sejarah Buruk,” – Foto Atas Pelamin Terima Kecaman, Amelina Amir Sharipuddin Akui Terasa Sebab…
Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan penyanyi dangdut, Amelina Amir Sharipuddin mengenakan sepersalinan rona putih sambil duduk di atas pelaminan bersama seorang jejaka.
Foto berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di hati para peminat yang ingin tahu adakah benar Amelina kini telah pun melangsungkan majlis pernikahannya.
Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Amelina memaklumkan foto-foto berkenaan sebenarnya merupakan antara babak-babak yang dilakonkannya menerusi telefilem terbaru yang berjudul Akad Ibu Sejadah Rindu.
Pada masa sama, Amelina mendedahkan dirinya berasa sedikit tersinggung dengan reaksi-reaksi yang diberikan oleh segelintir pihak yang mengecam mengenai tindakannya itu.
Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai umurnya untuk kembali berumah tangga.
“Sentap lah! Ada yang amin kan! Ada yang kecam dan ada yg kata ‘sudah lah dah tua-tua pun nak kahwin ke’
“Ingat kak long tak laku ke? Bersusun tau, cenggini haaa. Sekali petik 10 yang LARIKKKK….tau,” tulisnya.
Jelas bekas peserta program Gegar Vaganza 5 itu lagi, perkahwinan bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh kerana sekiranya tersalah pilih pasangan, kesannya akan kekal sampai bila-bila.
“Ingat, PERKAHWINAN akan jadi PERKARA terindah tetapi jika anda tersalah pilih PERKAHWINAN akan jadi SEJARAH TERBURUK dlm kehidupan mu,” ujarnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut mendoakan semoga Amelina dipertemukan dengan jodoh yang baik.
“Kalau betul pun apa salahnya kan, tetap maintain cantik.
“Betul, perkahwinan akan menjadi sejarah terburuk dalam kehidupan kalau tersalah pilih.
“Sabar kak, hidup kita memang selalu diuji.
“Tua-tua la perlu kahwin supaya ada kawan. Takpe kak, kalau ada jodoh, akak kahwin je tau. Kita doa tang baik-baik,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Akad Ibu Sejadah Rindu merupakan sebuah telefilem yang diarahkan oleh Siti Jasmina dan akan ditayangkan di saluran RTM 1.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Amelina Amir Sharipuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI