Demi menjaga dan melindugi diri daripada penularan wabak Covid-19, pelakon Betty Rahmad memilih cara berbeza, memakai kostum T-rex ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan.
Selain melindungi diri daripada virus pandemik, adik kepada Erma Fatima bertindak demikian bagi menghiburkan orang ramai sempena ulang tahun kelahirannya.
“Walaupun i sedih sayur, halia,kunyit, bawang, susu segala nenek semua licin habis tapi i happy sebab i percaya i buat ramai orang senyum dan terhibur harini on my birthday.
“Especially kakak/abang supermarket yang sanggup bekerja. So nampaknya esok kena pergi supermarket lain cari barang-barang yang tak dapat harini.
“Tak pasal-pasal korang nampak dinosaur shopping lagi. Adui kenapa korang beli sampai habis?,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, rata-rata terhibur dengan gelagat ibu beranak satu itu.
Video: Instagram Betty Rahmad