Susulan perkongsian daripada pelakon dan hos, Siti Elizad Sharifuddin berkenaan tindakan biadab seorang pengguna Facebook yang menulis komen dan memuatnaik status berbaur penghinaan terhadapnya, rakan selebriti tampil memberikan sokongan.
Ucapan kata-kata semangat itu ditinggalkan pada ruangan komen hantaran berkaitan dengan rata-ratanya meminta Elizad untuk bersabar.
Pelakon Ika Nabella misalnya berpendapat bahawa isu yang diperkatakan adalah suatu yang sensitif. Malah dia sendiri pernah bercerita mengenai soal zuriat bersama Elizad.
“Allahuakhbar. please la this issue is very sensitive ive been there. Siapa kita nk pertikai urusan Allah? You cannot simple ask orang bila nak ada anak, bila nk pregnant, inikan make an accusation macam orang takdak akai takdak hati!
“Bukan mudah bagi seorang wanita yg setiap hari berperang dgn emosi sendiri, nak hadap orang sekeliling termasuk family inikan orang luar yang no clue how struggle it is. I pernah bercerita dgn Ejad soal anak.
“Waktu tu kami sama2 tengah usaha keras untuk ada zuriat.. kongsi pengalaman dgn doctors etc.. otw balik I menangis teresak esak sedih, yes sedih sangat2 walaupun bercerita dgn wanita yang sama2 ttc.. it is not easy. Ejad. Please be strong like you always be.. kami doakan,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon versatil Fasha Sandha pula turut meminta rakan selebritinya itu agar kekal kuat dan siapalah kita untuk menghakimi.
“ALLAHUAKBAR !!! Be strong Sayang. Siapa dia untuk judge orang solat atau tak? Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi. 4 bulan saya dengan dia shooting.
“Followers kesayangan sentiasa mendoakan yang baik2 buat ijat. Love you yang be strong. Virtual hugs from me and my kids. Kami doakan yang terbaik. Hello dia tak mandul ok, dia pernah hamil. Siapa buat ni baik mohon keampunan dari tuan badan,” kongsi Fasha.
Selain mereka, rakan artis lain turut sama memberikan reaksi. Antaranya Nabila Huda, Janna Nick, Raja Ilya, Shiha Zikir dan ramai lagi.
Terdahulu, Elizad sudah pun membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pada terhadap pelaku yang menggunakan nama akaun Zain Rashdan berhubung perkara terbabit.
Difahamkan, Zain Rashdan terlebih dahulu meninggalkan komen menerusi artikel yang dimuatnaik di laman sosial sebuah portal hiburan tempatan selain turut mengemaskini status Facebooknya dengan menghina pelakon dan juruhebah radio itu.
Tulis Zain; “Sama-sama kita doakan Elizad dapat zuriat walaupun Elizad sendiri tak solat tak tutup aurat… Jom aminkan p******. Amin.”
Elizad menerusi ruangan kapsyen antara lain menyatakan rasa kesal atas tindakan pengguna media sosial terbabit.
Untuk rekod, Elizad dan suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman telah mendirikan rumah tangga selama lebih lima tahun. Dia sebelum ini pernah mengalami keguguran sekitar November tahun lalu selepas menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Oktober.