Menerusi entri terbaru, pelakon Catriona Ross meminta pandangan netizen akan perubahan wajah yang dilakukannya.
Malah pada masa sama, bintang Cindai ini turut meminta tips bagaimana untuk mengurangkan kesan bengkak yang dialami.
“Korang rasa macam mana sekarang lepas I buat muka? Okay tak?
“Sebab I rasa muka I macam bengkak sangat sekarang. You all ada tips macam mana untuk kurangkan bengkak muka,” katanya menerusi video yang dikongsi.
“Member-member cakap kalau buat kat Korea bagus. Ingatkan i boleh jadi rupa Jolie . Sekali, ni jek rupa i,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Netizen teruja dengan gurauan pelakon Pujaan Hati Kanda ini dan meninggalkan reaksi di ruangan komen.
Apa pun yang pastinya, ‘perubahan wajah’ yang dilakukan pelakon ini hanyalah menerusi satu aplikasi di telefon pintar.
Foto : Instagram Catriona Ross
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI