Bagaimanapun, Nabila tidak mengulas lanjut mengenai hantarannya itu.
Ads
Menerusi hantaran sama, Nabila turut berkongsi sebuah demo lagu yang berjudul New Chapter.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan segalanya dipermudahkan buat Nabila.
“Nangis. Happy for you,” komen penyanyi, Wany Hasrita.
“Tahniah Bella,” kata lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
“Tahniah dik,” balas penyanyi, Zarul Umbrella.
“Congrats Bella, happy for you,” komen seorang netizen.
Ads
Terhadulu, khabar angin mengenai Nabila yang dikatakan ingin menamatkan zaman bujang telah menjadi buah mulut banyak pihak sejak beberapa bulan yang lalu.
Namun, Nabila dikatakan tidak terlalu terbuka mengenai kisah cintanya itu bila berhadapan dengan pihak media.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjelang kehadiran bulan Ramadan, peluang mengimarahkan masjid bagi melipat gandakan pahala tentunya cukup dialu-alukan.
Sejak pandemik COVID-19 melanda dua tahun lalu, hingga kini memasuki era endemik, pelbagai langkah diambil oleh kerajaan demi memastikan masjid dan surau tetap berfungsi dan orang ramai berpeluang mengimarahkannya.
Terbaru, usaha pembinaan Masjid Baiturrahman Alam Sari, Kajang, Selangor dengan kos pembinaan sebanyak RM25 juta sedang rancak dibangunkan dan dijangka siap pada tahun 2024.
Pengerusi masjid berkenaan, Datuk Sayed Jaafar Sayed Ibrahim berkata, pihaknya amat memanjat kesyukuran kerana kemurahan hati penginfaq dan penderma menjadi nadi kelangsungan usaha pembinaan masjid itu.
“Pihak kami sudah mendapat dana terkumpul hampir mencecah RM15 juta. Kita masih memerlukan dana dalam RM10 juta untuk melengkapkan proses pembinaan.
“Kita sentiasa mengemaskini jumlah kutipan dana di laman www.baiturrahman.my. Malah kalau ada yang bermurah hati mahu menderma atau menginfak boleh layari pautan sama.
“Jika dana atau peruntukan susah mencukupi, kita akan isytiharkan. Kita takkan terima dan ambil lebih daripada peruntukan kos diperlukan,” katanya.
Tambah Datuk Sayed Jaafar lagi, masjid yang mendapat kelulusan pembinaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor pada 3 Januari 2020 ini dijangka dapat menampung sebanyak 4,000 jemaah.
“Memandangkan penduduk Alam Sari sendiri dan kawasan sekitar boleh mencecah sebanyak 20,000 saat pembinaan siap sepenuhnya, jadi masjid ini diharap dapat dimanfaat dan diimarah dengan baik.
“Sesuai dengan rata-rata penduduk yang hampir 100 peratus beragama Islam, masjid ini akan menjadi tumpuan penduduk sekitar dan luar dalam melaksanakan pelbagai ibadah dan aktiviti bermanfaat.
“Masjid ini dibina di tapak seluas 3.51 ekar menggunakan khidmat pemaju I&P Sdn Bhd iaitu anak syarikat SP Setia Sdn Bhd bernaung di bawah Permodalan Nasional Berhad,” kata Datuk Sayed Jaafar.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut melakukan lawatan kerja meninjau perkembangan pembangunan masjid itu pada 26 Mac lalu.
“Masjid ini akan menjadi mercu tanda baru untuk kawasan itu. Pihak kerajaan negeri juga akan mencuba mencari lebihan dana diperlukan. Malah pada masa sama, pihak pengurusan masjid juga akan meneruskankutipan yang dilakukan,” kata Datuk Seri Amirudin Shari.
Sementara itu, pendakwah terkenal yang turut dilantik sebagai duta masjid berkenaan, Ustaz Elyas Ismail memuji sikap pemurah penderma dan penginfaq.
“Yang menariknya dalam tempoh kita diuji dengan pandemik COVID-19, hingga ramai terkesan tapi Alhamdulillah penyumbang kepada pembangunan masjid ini tak pernah lokek dan tak pernah berhenti menyumbang.
“Ada sumbang wang ringgit, ada bagi barang kemas dan macam-macam lagi demi melihat pembangunan masjid ini siap,” kata Ustaz Elyas Ismail.
Ustaz Elyas juga menyifatkan lokasi masjid itu sangat strategik.
“Selama ini, tak silap saya surau yang ada di kawasan itu tak banyak. Sangat terhad. Tentunya keberadaaan masjid yang dibina itu akan memberi keselesaan sekali gus menampung keperluan penduduk yang ada,” kata Ustaz Elyas Ismail.
Manakala wakil pemaju, Timbalan Presiden, SP Setia Sdn Bhd, Datuk Zaini Yusuff turut memuji inisiatif jawatankuasa masjid itu yang sepakat.
“Insya-Allah kita merancang untuk turut serta beramal dalam perjalanan menyiapkan masjid ini dengan memperuntukkan sumbangan. Nilainya bergantung kepada kelulusan ahli lembaga pengarah pemaju,” kata Datuk Zaini Yusuff.
Masjid ini akan menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk jemaah dan masyarakat setempat seperti Dewan Pelbagai Guna, Kuarters Imam dan Bilal, Bilik Tetamu, Bilik Mesyuarat, Kios Perniagaan, Ruang Riadah seperti Gimnasium, Bilik-Bilik Kuliah, Ruang Kanak-Kanak dan pelbagai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah pada Sabtu berkongsi video pendek di Insta Stories yang merakamkan pertemuannya dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Meski tidak dinyatakan tujuan pertemuan tersebut, namun video terbaharu itu sekurang-kurang memaparkan perkembangan terkini Shuhada kepada peminat.
Ibu kepada sepasang cahaya mata itu menjadi sorotan susulan kecederaan di bahagian pipi sehingga menerima 10 jahitan, dipercayai ditumbuk oleh suaminya.
Shuhada bagaimanapun telah melaporkan insiden yang berlaku kepada pihak berkuasa dan ia kini dalam siasatan.
Dalam pada itu, di dalam video terbabit, mereka dilihat saling memeluk di antara satu sama lain dan saling menguntum senyuman.
Malah Shuhada turut berkongsikan kembali video sama sambil meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan mereka yang baik hatinya.
“Terima kasih Ya Allah, Kau temukan aku dengan insan yang baik baik hatinya,” tulis Shuhada Ringkas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!