Hantaran terkini yang dimuat naik oleh penyanyi, Shila Amzah di aplikasi Tik Tok pada petang Jumaat nyata menzahirkan rasa teruja dikalangan peminat.

Video berdurasi 22 saat itu memaparkan Shila bersama temannya yang juga merupakan pempengaruh, Ubai sedang mengambil cincin yang telah ditempah lebih awal.

Menurut Shila, cincin tersebut merupakan simbolik yang menandakan hubungan istimewanya bersama Ubai atau nama sebenarnya, Ubaidillah Mohd Zulkifli.

Malah, penyanyi lagu Memori Tercipta itu turut menitipkan ucapan ‘terima kasih sayang’ buat Ubai diatas pembelian cincin tersebut.

@shilaamzahofficialI said yes 💍 Terima kasih buat semua yang doakan baik2🤍♬ original sound – tutordancetiktok💃🏼


“Hari ini adalah hari di mana saya mengambil cincin kita. Sebenarnya cincin saya sahaja. Terima kasih sayang,” katanya.

“I Said Yes, Thank You Sayang…,”- Kongsi Video Beli Cincin, Apa Maksudnya Shila Amzah & Ubai?

Dalam pada itu, Ubai juga sempat berseloroh dengan menunjukkan beg duitnya yang dikatakan telah kosong.

“Sama-sama. Datang lagi. Tinggal rama-rama je,” selorohnya.

Di ruangan kapsyen pula, ibu kepada seorang cahaya mata itu memaklumkan dirinya telah bersetuju untuk menerima pemberian cincin tersebut.

Ads

“I Said Yes, Thank You Sayang…,”- Kongsi Video Beli Cincin, Apa Maksudnya Shila Amzah & Ubai?

Pada masa sama, Shila turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“I said yes (emoji cincin). Terima kasih semua yang doakan baik-baik,” tulis Shila ringkas.

Bagaimanapun, sehingga kini, Shila dan Ubai tidak menjelaskan secara terperinci mengenai maksud sebenar pembelian cincin tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan segala urusan Sheila
dan Ubai akan dipermudahkan.

Ads

“Yay, syukur Alhamdulilah. Tahniah Sha dan Ubai. Suka sangat dapat good news ni.

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan kalian berdua.

“Macam nak nangis tengok. Happy dia lain macam. Alhamdulillah.

“Tahniah. Happy for you sis.

“InsyaAllah bahagia selamanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Ads

Terdahulu, desas desus yang mengatakan Ubai dan Shila sedang menjalinkan hubungan cinta mula bertiup kencang sejak tahun lalu.

Malah, kedua-dua mereka sering dilihat bersama di laman media sosial dan juga di luar.

Untuk rekod, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Shila Amzah & Instagram Ubai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI