Penyanyi senior, Aishah Ariffin mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa menikmati suasana pagi sambil diiringi alunan Al-Quran dan diikuti pula dengan ibadah solat Dhuha.
Menurut Aishah, rutin berkenaan sebenarnya sudah lama diamalkan sewaktu usianya masih muda.
Katanya lagi, sekiranya suasana tersebut diamati sebaiknya, kita akan dapat merasakan nikmat ketenangan hati.
“Berpagi-pagian sangat menenangkan jiwa. Naturally I am owl, bermula daripda masa mula-mula menyanyi dulu kehidupan seperti burung hantu, tidur siang berjaga malam.
“Tetapi sesiapa yang belum cuba berpagi-pagiaan ni cubalah, diiringi dengan zikir dan bacaan ayat suci Al Quran diikuti oleh solat Dhuha. Masyaallah rasakanlah keajaibannya, kerana masa inilah rezeki Allah swt turunkan untuk hambaNYA,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Aishah turut menzahirkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pihak yang mempersoalkan mengenai amal ibadahnya baru-baru ini.
Jelas Aishah, amal ibadah ini bukanlah sesuatu yang harus ditunjuk-tunjuk sebaliknya ia merupakan rahsia diantara kita dan Sang Pencipta.
“Btw, semalam bila I upload video I nyanyikan lagu Fan Club I, ada yang mengingatkan I supaya lebih byk beribadah. I shoot video tu pun untuk membantu mengumpul dana.
“Tapi, terima kasih di atas ingatan uolls semua. Tapi kita takkan nak tunjukkan amal ibadah kita buat kat media sosial kot.
“Sembunyikanlah ibadahmu seperti kamu menyembunyikan keaibanmu. Sekian tazkirah pagi ni. Stay safe everyone,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut menasihati Aishah supaya mengabaikan sahaja komen-komen negatif tersebut.
“Sangat happy bila Kak Aishah dah kembali ceria.
“Setiap ibadah yang dilakukan, biarlah Allah saja yang tahu.
“Yang penting be happy and spread your positive vibes.
“Yang penting sis happy, chill dan fun. Takdelah stress kan,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sebelum ini, Aishah telah pun menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif Covid-19 dan terpaksa bergantung kepada alat bantuan kecemasan.
Bagaimanapun, selepas 12 hari menerima rawatan, Aishah akhirnya disahkan telah kembali sembuh sepenuhnya.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin