Pelakon, Datuk Dira Abu Zahar berkongsi pengalamannya sepanjang dua dekad meminati aktiviti melibatkan motosikal berkuasa besar.
Menurut Dira atau nama sebenarnya Khaidiriah Abu Zahar, dia sememangnya berasa amat senang bila melihat ramai wanita kini turut mula meminati hobi tersebut.
Katanya lagi, saiz motosikal bukanlah kayu pengukur sebenar kerana aspek yang paling penting adalah bagaimana caranya untuk kita mengendalikan jentera tersebut.
“20 tahun dengan minat yang sama. Dari boleh bilang dgn jari, sekarang dah ramai wanita berani dengan hobi motor besar ni. So proud!
“So it’s true. Size doesn’t matter. Apa yang penting, semangat. Besi berat mana pun, kita yang control dan manage dia. Masalah berat mana pun, kita yang control dan manage dia,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Kimchi Untuk Awak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Dira turut mendedahkan sewaktu mula-mula dia meminati hobi permotoran ini, perkara tersebut tidak pernah diketahui oleh kedua ibu bapanya dan dia juga telah menggunakan wang simpanan untuk membeli motosikalnya sendiri.
Lantas, Dira berharap agar kisahnya itu dapat menjadi pemangkin semangat buat para wanita di luar sana untuk terus mengejar cita-cita yang mereka impikan.
“Kalau ada minat yang sama, dan teringin sangat nak bawak motor besar tapi belum mampu lagi tak mengapa, teruskan usaha. Insyallah. I started without my parents knowing it. Simpan duit sendiri.
“Kerja semua jenis kerja dari Zaman belajar. Pelan-pelan kayuh, beli motor, accessories sikit-sikit. Yang penting keep your mission as your goal in your life.
Ok dah
“A litle teaser for what I’ve used to do.
And I’ll keep doing it. Once a rider, will always be a rider. Ps: I’m not a racer yah. Have a great weekend. Ni weekend lepas. Weekend ni macam? Ok bye,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa kagum selain selain turut ingin menjadikan Dira sebagai sumber inspirasi mereka.
“Dari dulu sampai sekarang, tetap dengan motor hahah. Ingat dah pakai baju kurun g tak ride dah.
“Ni baru betul hobi kami mahal.
“Minat juga, motosikal je takda.
“Masa umur 18 tahun dekat UiTM lagi Dira ni asrama dengan moto besar ni. Memori sungguh. Lama dah kan.
“Mantap idola Dira,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Dira kini sudah mula memperlahankan kerjayanya di dalam industri seni tanah air bagi memberikan sepenuh tumpuannya dalam bidang politik dan kebajikan.
Sumber: Instagram Dira Abu Zahar