Lumrah sebagai seorang ibu, kebahagiaan anak-anak sudah tentu menjadi keutamaan di dalam hidup mereka.

Malah, para ibu juga sanggup melakukan apa sahaja demi mengukir senyuman di wajah anak-anak.

Bagi pelakon, Shakilla Khoriri pula, dia akui gembira selepas berjaya mengadakan sambutan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Ameena Sofia baru-baru ini.

Menurut Shakilla, meskipun agak penat kerana terpaksa membuat persediaan seorang diri, namun dia tetap bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.

“Caption kali ni kemungkinan panjang dia SANGAT panjang. Tapi disebabkan jari kebas tak habis-habis dengan melecet lagi dok ikat dan tiup balloon malam semalam sampai 3 pagi punya nak set up Deco Birthday untuk Ameena hari ni. Kepala pening tak cukup tidur.

“Walaupun tak berapa OK tapi kena OK sebab Hari Dia. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun aku dah terkangkang buat semua benda dengan birthday girl lately nak berdukung tak pasal-pasal sesaje.

“Happy 3rd Birthday Nyawaku @ameenasofia_ . Lain sikit tahun ni. ( Lain banyak sebenarnya) tapi I janji I akan buat you happy bukan pada hari you tapi setiap hari setiap saat sebab you nyawa I,” tulisnya di Instagram.

“I Tahu You Happy, You Nak Tengok Dua-Dua Kan…,” – Sambut Bday Anak Dengan Bekas Suami, Perkongsian Shakilla Khoriri Buat Ramai Tersentuh “I Tahu You Happy, You Nak Tengok Dua-Dua Kan…,” – Sambut Bday Anak Dengan Bekas Suami, Perkongsian Shakilla Khoriri Buat Ramai Tersentuh

Dalam pada itu, pelakon drama Saat Kau Tahluk Cinta Ini juga akui senang apabila melihat perasaan anaknya yang gembira saat meraikan hari istimewanya itu bersama bekas suaminya yang juga merupakan penyampai radio, Fizi Ali.

Ads

“Birthday event you yang sepatutnya i akan invite all your friends semua cancel sebab Allah nak bagi kita celebrate bertiga.

“Sebab tu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi I tahu you happy sebab memang you nak tengok DUA-DUA kan.

“Semoga you kuat dan semoga jadi manusia yang baik. Baik dari dalam dan luar. Jadi manusia yang ramai orang sayang.

“Ramai orang akan ikut kebaikan yang you tunjuk kan. Insyallah. You anak solehan dan anak yang akan buat Umi dan Daddy bangga nanti,” kongsinya lagi.

Menerusi hantaran di Instagram, Fizi akui bersyukur apabila berpeluang untuk sama-sama berkongsi momen berharga tersebut bersama anak dan bekas isterinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Ads

“Alhamdulillah, terima kasih atas doa semua. Dapat melepaskan rindu dekat Ameena. Terima kasih dekat umi Ameena jugak bagi daddy jumpa. Celebrate birthday Ameena sama-sama.

“Happy birthday sayang. Insyallah daddy akn cuba jadi yang terbaik untuk awak,” ujarnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen sangat tersentuh dengan perkongsian tersebut selain turut menitipkan doa yang baik-baik buat keluarga ini.

“Allahuakbar, santai sahaja dik. Allah sayang both of you.

“Semoga awak berdua kembali demi Ameena.

Ads

“Mummy Ameena seorang yang sangat memahami.

“Touching tengok keluarga kecil ini. Dari dulu suka tengok. Btw, happy birthday Ameena.

“Mata masuk habuk. Semoga Ameena baik-baik sahaja. Selamat hari lahir Ameena cantik,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Sekadar informasi, Shakilla dan Fizi telah mendirikan rumah tangga mereka pada 18 Februari 2018.

“I Tahu You Happy, You Nak Tengok Dua-Dua Kan…,” – Sambut Bday Anak Dengan Bekas Suami, Perkongsian Shakilla Khoriri Buat Ramai Tersentuh

“I Tahu You Happy, You Nak Tengok Dua-Dua Kan…,” – Sambut Bday Anak Dengan Bekas Suami, Perkongsian Shakilla Khoriri Buat Ramai TersentuhHasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata mereka bernama Ameena Sofia yang lahir pada 14 Mac 2019.

Bagaimanapun, pada Disember tahun lalu, pasangan ini memutuskan untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Shakilla Khoriri & Fizi Ali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI