Processed with VSCO with b1 preset

Pelakon Wawa Zainal mendedahkan dirinya tidak menjalani pantang secara serius hingga menyebabkan badan sakit-sakit.

Berkongsi entri menerusi Instagram, ibu kepada tidga cahaya mata ini akui kalau diikutkan hati, dia mahu ke pejabat bagi melihat perkembangan bisnesnya.

Best jgk berpantang ni, dilayan bak puteri oleh @natalismothercare. Sblm ni wawa tak pantang betul2, jiwa muda katakan. Rasa badan sihat jee.

IKLAN

“Tapi sekarang da nak masok 3 series ni kena la pantang betul2, jadi nekad utk pantang betul2 wlupun jiwa ni sbnr nya nak masok ofis da, tak keruan pikir ape jadi dgn @wawacosmeticshq skg.

“Nasib baik la aeril belum shooting lagi. Kalau tak, tak jadi lagi pantang betul2. Eh korang kena pantang betul2 tau.

IKLAN

“I tak jaga pantang 2 anak sblm badan cpt sakit2 ..tak sure sbb da tua or mmg sbb x jaga pantang,” tulisnya.

IKLAN

Wawa terdahulu melahirkan puterinya pada 1 Disember lalu dan dia sama suami, pelakon Aeril Zafrel memberi nama Ayya Soffya buat anak inspirasi nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan dua anak sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Foto: Instagram Wawa Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI