“I tak mampu nak bina jambatan emas dari Terengganu ke Perak. I tak mampu nak sediakan 7 dulang hati nyamuk. I tak mampu nak bagi 7 dulang hati hama.
“I tak dapat nak sediakan 7 tempayan air pinang muda. Tapi i dan anak-anak mampu untuk masak di hari yang istimewa ini.
Ads
“I doakan semoga sayang terus istiqomah didalam kehidupan dan terus menjadi yang terbaik buat i dan anak-anak. Selamat Hari Lahir,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pemenang pingat perak sukan Olimpil Rio 2016 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Azizul turut memaklumkan dia dan anak-anak telah bertungkus lumus untuk memasak sempena hari istimewa tersebut.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen tidak menyangka atlet tersebut memiliki sifat yang sangat romaktik selain turut mendoakan semoga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke jannah.
Ads
Terdahulu, Azizul bersama isterinya, Athiah Ilyana Datuk Abdul Samat telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Januari 2010.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Amna Mariyam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.
Sumber: Instagram Azizul Hasni Awang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Azri Iskandar memaklumkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihan hatinya, Dr Azra tetap berjalan seperti yah dirancang.
Menurut Azri, dia kini masih lagi didalam fasa untuk mengukuhkan kewangan dan berkemungkinan besar majlis akan berlangsung pada tahun ini juga.
“Saya memang jadi akan berkahwin. Nanti saya akan bagitahu hari bersejarah itu. InsyaAllah majlis tersebut akan berlangsung pada tahun ini juga kerana kami memang merancang untuk mengadakannya secepat mungkin.
“Punca majlis ini tertangguh adalah disebabkan kewangan dan bila semuanya sudah selesai, majlis itu pasti akan berlaku. Saya akan maklumkan kepada pihak media seawal yang mungkin,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, majlis perkahwinan tersebut akan dibuat secara sederhana bagi meraikan kedua-dua buah keluarga dan sahabat terdekat.
“Sudah tentu saya akan buat majlis walaupun saya ini sudah tua. Saya akan adakan majlis makan-makan tetapi untuk bersanding mungkin tidak.
“Ia hanyalah untuk meraikan kawan-kawan dan menguar-uarkan mengenai perkahwinan kami,” ulasnya lagi.
Azri berkata sedemikian ketika ditemui dimajlis sidang media drama Tanah Kubur yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Sementara itu, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini turut mendedahkan hubungannya bersama bekas isteri yang juga merupakan selebriti Ellie Suriaty kini lebih baik selepas berpisah.
“Saya dengan bekas isteri memang sangat baik. Rasanya lebih baik daripada ketika kami berkahwin. Kita berasa lebih bebas untuk bercakap apa sahaja.
“Kalau berjumpa, kami akan berbual seperti biasa. Saya akan tanya fasal anak dan rutin kerja dia. Kalau tak cukup duit pun, kami tiada masalah nak minta satu sama lain.
“Hubungan kami tak seperti bercerai cuma duduk berasingan. Saya kini bersahabat baik dengan Ellie,” kongsinya lagi.
Ditanya adakah dia bakal menjemput Ellie di majlis perkahwinannya nanti, ini respon yang diberikan oleh Azri;
“Sudah tentu saya akan jemput. Datang atau tidak, itu hak dia,” katanya.
Ketika ramai pasangan suami isteri yang memilih untuk terus memutuskan hubungan selepas bercerai, Azri pula merasakan dirinya masih mempunyai tanggungjawab terhadap keluarganya.
“Tak eloklah sebegitu. Bersama Ellie merupakan kali kedua saya gagal dalam mendirikan rumah tangga. Dengan isteri ketika perkahwinan pertama pun saya masih baik.
“Anak-anak juga masih sayangkan saya. Kami tidak putuskan hubungan. Saya bagi nafkah semampu yang saya boleh. Saya akui, ada kalanya saya ada terlepas juga tapi bila saya ada tawaran atau projek, saya akan bayar.
“Saya tanggung anak-anak saya. Saya tak takut dengan manusia tapi saya takut bila Allah tanya saya nanti. Dengan manusia, mungkin saya malu tapi dengan Allah saya ngeri,” akhirinya.
Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terbaru, seorang bayi berusia kurang setahun dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit Covid-19 di Amerika Syarikat.
Pelakon, Yatt Hamzah turut meluahkan rasa sedih dan hiba atas khabar berita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Yatt atau nama sebenarnya Norhayati Hamzah menitipkan kata doa agar seluruh masyarakat dilindungi daripada wabak penyakit tersebut.
“ALLAHUAKBAR hati kecil Bonda ini meraung .. Ya Allah Kau selamatkanlah anak2 kami dari COVID19..
“MAKBULKAN DOA IBU INI DAN SELURUH MANUSIA YA ALLAH..Seorang bayi di Amerika Syarikat (AS) menjadi pesakit termuda maut akibat Covid-19, dan ia kejadian yang sangat jarang akibat pandemik berkenaan.
“BAYI dari Chicago berkenaan yang berusia kurang setahun disahkan positif Covid-19.
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar mengesahkan dia sudah sah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera di atas persetujuan bersama.
Memetik mStar, Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syarikah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Menurut bekas penyampai Hot FM ini lagi, hubungannya dengan bekas isteri akan kekal baik demi dua orang cahaya mata mereka yang kini menetap di kediaman keluarga Sera di Sabah.
“Sekarang saya hanya fokus pada anak-anak sahaja. Mereka tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak sulung sudah mula bersekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,” katanya lagi.
Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!