Penyanyi senior, Aishah Ariffin terharu selepas menerima hadiah berupa barangan kemas daripada anaknya bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-57, baru-baru ini.
Menurut Aishah, sepanjang kehidupannya bergelar seorang isteri, dia tidak pernah menerima atau dimanjakan dengan hadiah-hadiah.
Malah, penyanyi lagu, Janji Manismu ini turut memberi gambaran bahawa dirinya jugalah yang bertanggungjawab untuk menyara keluarganya selama ini.
“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Hahaha.
“Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas juara program Gegar Vaganza musim ke-4 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Aishah tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan anak-anak yang amat menyayangi dirinya.
“Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand. Buat mata mum dia masuk habuk.
“Tiga tahun lepas my fan club belikan Pandora yang rose gold this time dapat yang silver untuk casual wear pulak. I am blessed,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut menitipkan ucapan hari lahir buat Aishah.
“Kak Aisyah wanita tabah dan istimewa.
“Alhamdulillah semoga murah rezeki Kak Aishah pada tahun 2022 ini.
“Very thoughtful son..Good boy. He would make a wonderful husband to some lucky girl someday.
“Anda wanita yang kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba. Terus kuat, cantik dan sihat,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, pada November 2021, portal berita, BH Online melaporkan Aishah sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung bersama suaminya.
Pada 2017, penyanyi bervokal mantap ini mengakui sudah berkahwin kali keempat, namun, enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya itu.
Hasil perkahwinannya sebelum ini, Aishah telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Armand Azhari, 29 dan Azhad Ahlami, 24.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aishah Ariffin