“I Takut, Masih Banyak Tanggungjawab Yang Belum Selesai,” – Keadaan Mental Terganggu Akibat Covid-19, Aishah Pohon Doa Agar Tidak Ditidurkan

Share

Penyanyi senior, Aishah Ariffin yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang selepas disahkan positif COVID-19 mendedahkan keadaan mentalnya ketika ini agak sedikit terganggu lebih-lebih lagi bila melihat keadaan pesakit yang terpaksa ditidurkan.

Bagaimanapun, Aishah memaklumkan keadaannya ketika ini telah pun dilaporkan stabil tetapi masih lagi perlu bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Katanya lagi, meskipun paras oksigennya berada ditahap yang baik, namum angka tersebut dikatakan boleh menurun dengan mendadak sekiranya dia menanggalkan alat bantuan berkenaan.

“Ya Allah mental tak kuat harini, bila melihat patient depan I dibawa naik untuk diintubate. Pagi tadi O2 level I 98, mereka cuba nak buka O2 tapi bila ke tandas dan balik ke katil O2 level terus turun mendadak ke 88. Terpaksa pakai O2 semula baru naik semula ke 95,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Aishah turut mengakui dia sememangnya berasa agak fobia untuk ditidurkan lebih-lebih lagi bila memikirkan mengenai tanggungjawabnya pada keluarga yang disifatkan masih lagi belum selesai.

Dikesempatan itu juga, juara program Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) ini turut dilihat membuat permohonan maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.

“Ya Allah teman-teman tolong doakan I tak sampai kesitu kena intubate, I takut, I masih banyak tanggungjawap pada family yang belum selesai.

“Anak-anak I banyak lagi hal yang tak selesai. Sangat mengharapkan doa kawan-kawan. Ampunkan dosa-dosa I sekiranya pernah terkasar kata dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut berdoa agar Aishah segera diberikan kesembuhan.

“InsyaAllah Kak. Kami doakan akak kuat. Kami akan terus berdoa.

“Please stay strong sister. You can do it.

“Akak kuat. Jangan fikir yang negatif. Ramai doakan akak segera sembuh.

“Get well soon. Kuatkan semangat kak,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sebelum ini, Aishah dilaporkan positif COVID-19 selepas melalui prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta.

Menurut laporan Berita Harian, Aishah telah dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus pada Isnin.

Sumber: Instagram Aishah Ariffin

Published by
Aizam Manaf