Terbaru penyanyi Najwa Latif telah memuat satu video di YouTube ketika dia menyanyi lagu Dimatamu oleh Sufian Suhaimi.
Najwa yang pernah terkenal lagu ‘Cinta Muka Buku’ suatu ketika dahulu dan dia sudah lama tidak menyanyi.
Rata-rata netizen merindui nyanyian Najwa dan meminta Najwa untuk kembali menyanyi.
Ternyata suara Najwa masih lagi sedap dan lunak. Diharapkan Najwa akan terus kembali aktif menyanyi dan menwarnai industri muzik tanah air.
Untuk rekod, nama sebenar Najwa Latif ialah Imratul Najwa Binti Abdul Latif dan Najwa berasal dari Batu Pahat, Johor.
Video : Youtube Najwa Latif
https://www.youtube.com/watch?v=fzWwFoC1dcE&t=53s
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Tunjuk ‘Wardrobe’ Muhammad Bilal
Selebriti popular, Noor Neelofa baru-baru ini berkongsi persalinan anak sulungnya, Muhammad Bilal buat tatapan para peminat.
Memuat naik beberapa video pendek menerusi Insta Stories, isteri Haris Ismail atau PU Riz ini menunjukkan beberapa kelengkapan penting Bilal antaranya pakaian, selimut dan topi.
Malah menurut Neelofa, dia obses untuk melihat permata hati permatanya itu mengenakan topi.
“Ini rahsia Muhammad Bilal. Topi dia punyalah banyak dan macam-macam warna mak dia beli. Sebab mak dia obses bila dia (Bilal) pakai topi ya,” selorohnya.
Menerusi perkongsian seterusnya, bekas hos MeleTOP ini sudah mengasingkan pakaian yang sudah tidak muat dipakai Bilal.
“Baju yang tak muat… nak simpan elok-elok dalam kotak. Supaya boleh pakai balik nanti for the next baby, insyaAllah,” katanya lagi.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berpurdah Ini Diminta Cermin Muka Sebab Dituduh Berangan – “Ada Yang Cakap Saya Jue Aziz Versi Bengkak. Tak Pernah Claim Wajah Saya Macam Dia.”
Sepotong video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter yang merakamkan seorang wanita berniqab dan disapa dengan panggilan Jue Aziz tular seterusnya mendapat reaksi pelbagai daripada warganet.
Di dalam video terbabit, wanita berpurdah itu antara lain mengulas mengenai tawaran berlakon drama selain imej yang berpurdah.
Bila tengok tak berapa cam bila dengar nama mcm pernah dgr🤔
Tapi kan!! betul ke dia ni Jue Aziz? Pakai niqab tapi kaki nampak tak pakai stoking mcm mana ni? dia sungguh berniqab ke ikut trend si lopak berniqab? Sbb dah byk dah yang buat mcm tu kan? 👀 pic.twitter.com/FbwvMmARoU
— 𝑀𝒾𝓈𝓈 𝐻𝓊𝓇𝓊 𝐻𝒶𝓇𝒶 ² 🇲🇾 (@Aleaavendaaa) February 7, 2021
Lalu, pengguna Twitter masing-masing memberikan pandangan sendiri terhadap video terbabit dan tidak kurang yang turut mengecam memandangkan ada yang mendakwa itu bukanlah pelakon yang dimaksudkan.
Bagaimanapun hasil tinjauan, wanita tersebut dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya Zakaria, 34, yang rupanya merupakan usahawan kosmetik jenama Diamond Gold Beauty.
Terkini, dia tampil menjelaskan kekeliruan, menerusi satu hantaran di Instagram.
Sambil memuat naik beberapa tangkap layar berhubung reaksi pedas yang diterima, usahawan ini mengakui video terkait hanyalah gurauan sesama pekerja malah dia tidak pernah mengakui wajahnya saya dengan pelakon filem Hantu Bonceng itu.
“CERMIN MUKA TU DULU! Assalamualaikum semua. Baru je sy terkejut pagi tadi kat Twitter viral pasal sy. Org samakan sy dgn Jue Aziz.
“Sy dah pun jelaskan kat awk awk semua kat posting sebelum ni. And sy pun ada juga share di IGStory sy. Tapi benda lain pulak sy dapat. Tak cukup kat Twitter, menderu sy dapat banyak DM kat inbox IG yang kecam sy.
“Ada yg cakap sy ni berangan, ada yg suruh sy cermin muka, sy cari publisiti murah, cakap sy ni Jue Aziz versi bengkak dan banyak lagi.
“Ingin sy tegaskan dan jelaskan sekali lagi, video yang viral tue hanyalah sekadar gurauan antara staf sy yang sering panggil sy dgn panggilan Jue Aziz.
“Sy sendiri tak pernah nak claim wajah saya macam dia. Sah sah Jue seorang pelakon popular, saya pulak hanyalah usahawan yang giat membina jenama Diamond Gold Beauty. Alhamdulillah bisnes saya makin mendapat perhatin,” tulisnya.
Nur Nazeerah bagaimanapun mendedahkan selain menerima kecaman, dia bersyukur kerana turut terselit komen yang memberikan semangat.
“Di sebalik kecaman tu, sy pun ada terima juge kata kata positive, Alhamdulillah.
“Sy mahu memandang optimis je benda-benda gini & nak anggap isu ini sebagai dugaan berniaga.
“Sekali lagi sy nak mohon maaf kepada Jue Aziz, tak pasal-pasal dia terpalit sama isu ni.
“Apa yg penting, saya akan terus berlari membina jenama ini dan berharap sokongan awk awk semua, okay! Doakan sy yer?,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Dia Tidak Dedahkan Kepada Umum…” – Jac Buka Cerita Kisah Cerai
Penyanyi Jaclyn Victor menjelaskan dia kini bahagia bersama anak-anak dan tidak mahu mengulas lanjut butir perceraiannya bersama vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ Yet iaitu Shawn Rivera.
Ulasnya, ikatan mereka sudah tamat dan tiada apa yang perlu dijelaskan lagi.
Terdahulu, Shawn mendedahkan kepada umum menerusi akaun Facebook miliknya bahawa rumah tangganya sudah terlerai selepas lima tahun berkahwin.
“Kehidupan saya berjalan seperti biasa dan saya sibuk dengan persembahan dan anak-anak. Kepada peminat yang risaukan saya dan tertanya-tanya akan keadaan saya sekarang, jangan bimbang, saya baik-baik sahaja. Saya sangat gembira dan anak-anak ada bersama. Saya tidak akan meminta lebih lagi.
“Saya tiada komen mengenai isu perceraian. Ia sudah tamat dan tidak perlu diulas.
“Saya senyap dan bukan mahu mengeruhkan keadaan. Kalau dia (suami) tidak dedahkan kepada umum pun, saya memang tidak akan beritahu kepada semua.
“Saya memang seorang yang amat menjaga privasi dan tidak suka menjaja kisah sendiri. Oleh kerana dia sudah membuka cerita, jadi tidak perlulah saya ceritakan apa-apa lagi. Lebih baik saya diam,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kasut New Balance 850 di Slate @ The Row, Kuala Lumpur, Selasa.
Bukan sengaja mahu merahsiakan, namun ia sangat personal dan dia memerlukan ruang bersama anak-anak yang masih kecil. Jelas penyanyi bersuara lantang ini lagi, dia tidak menghalang Shawn berjumpa anak-anak.
“Bukan saya mahu rahsiakan, namun ia perkara personal yang berkait dengan keluarga dan anak-anak. Saya tidak mahu bercerita kepada orang lain. Anak-anak saya pun masih kecil dan akan membesar nanti, saya tidak perlu cerita apa-apa. Asalkan saya tahu anak-anak dan keluarga okay, semuanya baik-baik sahaja.
“Anak-anak okay sahaja, walaupun mereka perlukan ‘father figure’ dalam hidup, adik dan kawan-kawan saya sentiasa ada untuk menyokong kami.
“Benda kalau nak jadi, ia akan jadi, jadi saya tidak menyesal. Jika saya tidak berkahwin, anak-anak tidak akan lahir.
“Dia bapa kepada mereka, jadi tiada masalah jika dia mahu datang melawat dan luangkan masa. Mengapa saya mahu halang. Jika dia mahu, datanglah ke Malaysia, saya tidak akan bawa mereka ke mana-mana.
“Saya tidak kisah jika dia mahu bercerita mengenai perceraian kami kerana ia sudah tamat. Saya hanya peminat tahu saya okay dan tiada apa lagi yang perlu diulas,” katanya lagi.
Shawn dan Jac mendirikan rumah tangga di sebuah gereja di Philadelphia pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan dua orang anak, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.
Dalam perkembangan lain, New Balance bakal melancarkan koleksi terbaru stail 90-an untuk generasi masa kini. Rekaan 850 ini bakal berada di pasaran bermula 15 Februari depan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI