Pelakon Nora Danish ada berkongsi sedutan filem lakonannya, Suami Aku Ustaz yang ditayangkan kira-kira empat tahun lalu.

Bintang cantik itu berkongsi memori berkenaan menerusi IG TV di Instagram lewat malam tadi.

Sambil mengimbas detik menarik sepanjang penggambaran, Nora turut memaklumkan dirinya mendukung watak sebagai pelajar tingkatan lima meski usianya pada ketika itu sudah 33 tahun.

“Suami Aku Ustaz! 2015. Got this from Utube Sebab tu tak clear. I love this movie so much! Good job abg @ghazabubakar & abg @adpadiputra! One of my fav! Walaupun kena bawak boat for real!!! Sorang2 kat laut tu. haha.

Ads

“Kayuh basikal Ganas, semua kena ganas, mmg mencabar betul, Sebab tu best! & @izzueislam bff ya power dalam ni. Same goes to my mu @bettyrahmad . We had so much fun shooting this film in Melaka. Hahha byk memories!!! I was 33 this time but bawak watak 17 tahun. Me likely!,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meninggalkan komen tersendiri terhadap perkongsian yang sudah pun ditonton hampir 200,000 kali itu.

Ads

“I Was 33 This Time But Bawa Watak 17 Tahun,” – Nora Danish Throwback Memori Suami Aku Ustaz

Selain Nora dan Adi Putra, drama Suami Aku Ustaz arahan Ghaz Abu Bakar turut dibarisi pelakon lain seperti Izzue Islam, Betty Rahmat, Liza Abdullah dan ramai lagi.

Ads

Difahamkan, ia merupakan adaptasi novel nukilan Hannah Dhaniyah.

Foto: Instagram Nora Danish

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI