“I Was Ok Before My Turn, Sekali Sampai Atas Tu Nervous Tahap Gaban,” – Respon Adibah Noor Sejurus Persembahan Pertama Di GV8

Share

Sejurus selesai membuat persembahan sulungnya di konsert minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8), penyanyi Adibah Noor ada memberikan reaksi menerusi satu ciapan di laman media sosial Twitter miliknya buat tatapan peminat.

Menurut bintang berusia 51 tahun, dia gementar dan akui sudah lama tidak merasa perasaan sedemikian.

Lalu jelasnya lagi, perasaan tersebut sekaligus memberi gangguan terhadap pernafasan serta penyampaian.

Adibah bagaimanapun berterima kasih atas sokongan buat peminat yang menyokong.

“Dear fans, I was ok before my turn, sekali sampai atas tu nervous tahap gaban.

“Lama dah tak rasa perasaan tu. So ia telah mengacau pernafasan dan penyampaian saya.

“So sorry I will try to do better next week. Thank you for your love and kindness,” tulisnya.

 

Minggu pertama GV8 menyaksikan pelakon Kampung Peoplw itu mendendangkan lagu hitsnya, Terlalu Istimewa secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Nazar Rafiqhi