
Pemergian datuk pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed merupakan satu memori yang amat menyedihkan buat mereka sekeluarga.
Pastinya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan bersama arwah yang dipanggil ‘Abah’ di kalangan ahli keluarga besarnya; gelak tawa, memori bersama suka dan duka bersama.
Awal semalam, Neelofa turut berkongsi berita sedih itu menerusi IG Storiesnya.
Selain itu, pengacara program MeleTop itu juga turut meluahkan rasa rindunya menerusi IG storiesnya untuk bergilir-gilir (shift) menjaga datuknya, menerusi group WhatsApps mereka.
Terdahulu, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu jam 11:20 malam, di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal. Semoga roh Allahyarham Noor Mohamed dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Salah takziah buat keluarga Neelofa dari MH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Sakit Lagi, Mungkin Saya Tak Akan Cakap Lagi,” – Naz Rahman Mahu Rahsiakan Penyakit Seperti Chadwick Boseman

Pengacara, Nazrudin Rahman, mengakui dirinya sedikit terkesan selepas mengetahui bintang Hollywood, Chadwick Boseman telah meninggal dunia akibat kanser kolon minggu lalu.
Menurutnya yang mesra disapa Naz, apa yang dilalui oleh pelakon utama filem adiwira Marvel, Black Panther itu sangat dekat dengan dirinya yang baru pulih daripada penyakit saraf tunjang yang dialaminya sejak 15 tahun yang lalu.
“Untuk saya bila saya dengar kisah Chadwick Boseman tu saya terasa sangat sebab ia hampir sama apa yang saya lalui.
“Apa yang dia buat ada betulnya juga kalau kita bagi tahu orang yang kita ni sakit nanti kita hilang kerja.
“Paling terkilan dia memang rising star dan seorang yang sangat baik. Bila dia buat kerja-kerja amal untuk kanak-kanak kanser, kita sendiri pun tak tahu dia mengalami sakit itu,” katanya kepada MH.
Akui telah merahsiakan penyakitnya itu daripada orang sekeliling, Naz menjelaskan bahawa dia tidak mahu orang lain bersimpati ke atas dirinya.
“Dia mati dalam keadaan rendah diri dan tak bagi tahu pun orang sekeliling.
“Sama seperti saya rakan-rakan terdekat pun tak tahu yang saya sakit. Bila orang dah tahu saya kena marah pula sebab tak bagi tahu mereka.
“Sebab niat saya betul-betul tak nak susahkan orang lain. Bila orang simpati dekat kita, semangat untuk melawan kita kurang.
“Semangat nak melawan tu saya simpan sendiri dan bersyukur dengan sokongan ahli keluarga. Tanpa famili saya takkan dapat lalui semua ini.
Pada masa sama, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan itu meluahkan rasa syukur diatas sokongan yang diterimanya selama ini
“Kepada peminat yang tak henti-henti tanya ‘abang okay tak?’ saya bersyukur sangat-sangat.
“Kepada rakan media yang ambil kesah anda tidak tahu perasaan saya macam mana. Terima kasih sangat-sangat. Saya harap anda teruskan apa yang anda lakukan.
“Tapi pada masa hadapan kalau saya sakit lagi mungkin saya tidak akan cakap lagi. Saya minta maaf sebab saya amat menjaga privasi saya.
“Saya tak nak jadi punca kesedihan orang lain baik peminat, famili atau rakan-rakan. Saya tak nak jadi sebab mereka bersedih,” akhirinya.
Terdahulu, Naz baru sahaja menjalani pembedahan saraf tunjang lebih kurang tiga bulan yang lalu dan kini harus mengikuti sesi fisioterapi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“I Think I Will Vote Him For The Next PRU,”- Caprice Minta YB Syed Saddiq Hormati Keputusan Pemimpin Terengganu

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq mempertahankan atlet dan mengatakan pakaian sukan pilihan mereka perlu dihormati.
Tindakan tersebut telah mendapat perhatian pelbagai pihak termasuklah rapper dan usahawan, Caprice.
Katanya, sebagai menteri, Syed Saddiq sepatutnya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin di negeri tersebut.
View this post on InstagramU just gotta respect Terengganu's decision bro. ?
A post shared by Caprice (@capriceofficial) on
“You got to respect their decision bro,” tulisnya.
Tambah Caprice, jika sesebuah negeri itu mahu mengamalkan undang-undang islam, kita sepatutnya menghormati keputusan mereka itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut malah, turut mencadangkan Caprice supaya bertanding dipilihan raya akan datang.
Pada pendapat MH, isu seperti ini tidak sepatutnya diperbesarkan dan perlu perbincangan yang lebih serius. Mana yang dirasakan baik, wajar juga untuk diambil kira, tak gitu?
Foto: Instagram Caprice
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ameera Khan; “Seandainya Saya Kaya, Mampu Beli Satu Lagi Bumi Sekali Pun, Itu Tak Bermakna Saya Bahagia.”

Pempengaruh, Ameera Khan merasakan setiap individu mempunyai cara bahagia mereka yang tersendiri.
Pandangan itu diberikan sebagai respon balas Ameera terhadap salah seorang pelayar yang mengikuti sesi siaran langsungnya di Instagram pada Sabtu.
Individu tersebut bertanya mengapa Ameera masih mahu menghilangkan diri meski dikurniakan kehidupan sempurna dari segi paras rupa, harta dan keluarga yang sentiasa menyokongnya.
Jelas adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu, orang luar tidak seharusnya membuat andaian melulu sebaliknya dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk berehat seketika daripada media sosial.
“Ini perkara yang saya kurang bersetuju. Rupa dan duit tidak akan kekal selamanya dan ia juga tidak melambangkan erti bahagia buat saya. Buat orang lain pula mungkin berbeza.
“Apa yang penting bagi saya adalah kesihatan mental dan fizikal serta keluarga saya. Seandainya saya kaya dan mampu beli satu lagi bumi sekali pun, itu tak bermakna saya bahagia.
“Jadi, sekiranya saya memutuskan untuk sembunyikan diri dan mengelak daripada berjumpa dengan orang ramai, ia adalah kerana sebab-sebab lain.
“Ia mungkin kerana netizen atau saya sendiri yang sudah terlalu lama meluangkan masa di media sosial. Saya berasa penat dan perlu reset semula,” katanya.
Bagaimanapun, Ameera memaklumkan dirinya tetap bersyukur dengan segala rezeki yang telah dikurniakan kepadanya selama ini.
“Saya bukan memilih untuk berehat kerana saya merasakan diri saya cantik atau berwang. Alhamdulillah dengan harta dan rupa paras yang saya miliki serta perkara-perkara yang telah saya jalani selama ini.
“Saya memang sangat bersyukur tetapi anda tidak boleh mengatakan yang saya punyai segalanya tetapi tetap melarikan diri. Pada saya, perkara metrialistik tidak menggambarkan kebahagiaan,” kongsinya lagi.
Terdahulu, selepas hampir enam bulan menghilangkan diri daripada media sosial, Ameera kembali mengaktifkan akaun Instagram miliknya pada Sabtu.
Kemunculan semulanya itu nyata menzahirkan rasa gembira di hati para peminat dan rakan selebriti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI