“I Will Miss Everything About U,” – Neelofa Kongsi Memori Bersama ‘Abah’ & Papar Perbualan Di Group WhatsApp, Jentik Rasa Sayu

Share

Pemergian datuk pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Noor Mohamed merupakan satu memori yang amat menyedihkan buat mereka sekeluarga.

Pastinya banyak kenangan yang tidak akan dilupakan bersama arwah yang dipanggil ‘Abah’ di kalangan ahli keluarga besarnya; gelak tawa, memori bersama suka dan duka bersama.

Awal semalam, Neelofa turut berkongsi berita sedih itu menerusi IG Storiesnya.

Selain itu, pengacara program MeleTop itu juga turut meluahkan rasa rindunya menerusi IG storiesnya untuk bergilir-gilir (shift) menjaga datuknya, menerusi group WhatsApps mereka.

Terdahulu, Noor Mohamed, 83 tahun telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu jam 11:20 malam, di salah sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.

Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Lemal. Semoga roh Allahyarham Noor Mohamed dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Salah takziah buat keluarga Neelofa dari MH.

Published by
Amynur Akmal