Setelah menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya dan isteri, Tya Ariffin pernah berlekakuan sombong terhadap pekerja hotel, individu yang dikatakan memfitnah anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid telah tempil membuat permohonan maaf.
Jelas individu terbabit, dia kesal dengan perbuatannya itu yang secara tidak langsung telah menjejaskan imej Asyraf serta keluarganya.
“Saya dengan seikhlas hati dan rendah diri ingin memohon maaf kepada Asyraf Khalid sekeluarga kerana posting saya.
“Saya kesal yang posting saya jadi viral dan mendatangkan mudarat kepada Asyraf sekeluarga. Saya dengan ini berharap Asyraf sekeluarga dapat memaafkan saya,” tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.
Tidak lama selepas itu, Asyraf yang juga merupakan usahawan tampil memberikan reaksi balasnya dan memaklumkan dia telah pun memaafkan individu berkenaan.
Bagaimanapun, dia berharap agar insiden seperti ini dapat dijadikan iktibar agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.
“Salam, saya sangat kesal dengan apa yang awak dah buat tapi saya faham, mungkin awak stress berkerja dan fikir apa yang awak cakap tu tak bagi kesan apa-apa.
“Tapi ianya bagi kesan yang sangat mendalam pada saya. Saya maaf kan awak, tapi please learn from this,” tulis Asyraf di Twitter.
Sebelum ini, Asyraf dan isteri telah dikritik hebat netizen berikutan ciapan yang dimuatnaik oleh individu berkenaan sehingga mendapat perhatian pihak media.
Disebabkan hal tersebut, Asyraf tampil membuat penjelasan panjang lebar bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
Bagaimanapun, bapa kepada dua orang cahaya mata itu akui sebagai manusia biasa dia juga tidak terlepas daripada membuat kesilapan terutamanya ketika melayan orang-orang di sekelilingnya.
Lantaran itu, Asyraf turut memohon maaf andai dirinya pernah menyakiti hati mana-mana pihak sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI