Selepas ramai rakan-rakan seangkatan yang kembali menempa nama setelah menyertai program realiti, Gegar Vaganza, lain pula pandangannya daripada vokalis kumpulan Damansutra, Baggio.
Jelas Baggio, sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad yang lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.
“Saya tiada masa untuk program berkenaan. Sebenarnya, sejak daripada awal lagi saya telah banyak kali ditawarkan untuk sertai program itu.
“Jadi, saya tak layak untuk hadir ke program sebegitu kerana ia hadir dengan risiko yang akan menelanjangkan kelemahan saya. Saya lebih memilih untuk ‘playsafe’ untuk kekal relavan.
“Kita hanyalah manusia biasa dan tak sempurna. Kita ada kelebihan dan kelemahan. Kenapa kita nak mempersembahkan kelemahan kita?,” katanya kepada MH.
Ads
Dalam pada itu, penyanyi lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi ini tetap percaya kualiti untuk penghasilan sesebuah karya juga mampu untuk metelakkan seseorang artis itu ditahap yang berbeza meskipun sudah berusia.
“Saya dapat tawaran sejak musim pertama lagi tapi saya tolak dengan cara yang baik. Saya bagitahu yang saya tiada masa kerana punyai komitmen dalam indistri muzik di luar.
Ads
“Nyanyian saya masih lagi punyai permintaan. Anda semua boleh lihat lagu-lagu baharu saya di Youtube walaupun saya tak aktif bersama Damasutra. Saya sentiasa berkarya.
“Kepercayaan saya adalah berkarya dan bukan untuk memasuki apa-apa progam dalam bentuk realiti yang boleh mencela intergriti saya,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Baggio teruja apabila Damansutra bakal mengadakan konsert berskala besar sejak 33 tahun pernubuhan band tersebut.
Ads
Konsert 33 Tahun Damasutra bakal berlangsung di Zepp KL pada 27 Oktober nanti.
Tiket muka dijual pada harga RM188 (Rock Zone), RM258 (Silver) RM350 (Gold) dan RM3,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penulis lagu terkenal, Aubrey Suwito ada memberikan reaksinya berhubung persembahan diantara penyanyi, Tomok dan Nuha Bahrin ketika mempersembahkan lagu Di Matamu di konsert minggu ke-2 Vokal Mania yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Aubrey, para penyanyi muda sepatut mencontohi cara nyanyian Tomok yang dilihat begitu tenang mengawal teknik vokal dan tidak terlalu berlebih-lebihan di dalam penyampaiannya.
@TomokOfficial remains a Class Act! Young singers, watch and learn the poise, the pitching, and the control that he has. Actually this is a really good video of what to do, and what NOT to do. 😂😂 https://t.co/R8EQwvLUH8
“Tomok sentiasa mengekalkan tahap persembahan pada kelasnya yang tersendiri.
“Penyanyi muda sekalian, lihat dan belajar bagaimana ketenangan, pitching dan kawalan suara yang Tomok lakukan.
“Sebenarnya ini adalah video yang terbaik untuk menggambarkan apa yang patut dibuat dan tidak patut dibuat ketika mengadakan persembahan nyanyian.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aubrey menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Aubrey turut menyifatkan persembahan tersebut adalah contoh yang terbaik untuk melihat apa yang sepatut dilakukan oleh seorang penyanyi dan begitu jugalah sebaliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan yang sama selain turut memuji persembahan yang ditunjukkan oleh Tomok itu.
Sebagi info, program nyanyian, Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 bermula 24 Oktober lalu setiap Sabtu, jam 9 malam.
Sumber: Twitter Aubrey Suwito
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertandingan Miss Earth Malaysia 2024 telah melabuhkan tirainya apabila menobatkan Geetha William sebagai pemenang utama.
Geetha, 27, bakal mewakili Malaysia di pertandingan Miss Earth 2024 yang bakal berlangsung di Filipina pada November akan datang.
Seiring dengan kemenangannya Geetha membawa pulang wang tunai bernilai RM1500, selempang, menjadi duta kepada Bleu dan sebentuk mahkota.
Wanita tinggi lampai ini bukanlah asing dalam dunia ratu cantik, dia sebelum ini pernah memegang gelaran pemenang tempat kedua Miss Grand Malaysia 2024 dan juara Miss Emerald Malaysia 2022.
Selain bergelar ratu cantik, wanita tinggi lampai ini bergiat aktif sebagai seorang peragawati di pentas fesyen dan membintangi pelbagai video klip.
Tidak terhenti di situ, dia turut memiliki perusahaan fesyen yang diberi nama My Design yang menampilkan busana-busana berkonsep sari dan kurti yang dikhususkan untuk acara khas.
Pertandingan Miss Earth merupakan antara pertandingan ratu cantik berprestij di dunia dan diletak seiring dengan Miss Universe, Miss World dan Miss Supranational.
Setakat ini hanya seorang wakil Malaysia pernah bergelar semi-finalis iaitu Nisya Thayanathan yang bertanding pada edisi 2021. Selebihnya, wakil lain tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocik, Nor Hidayah ada meluahkan perasaan bersempena dengan sambutan Ramadan tahun ini.
Jelasnya, puasa kali ini berbeza dan dirinya rasa sayu apabila mengenangkan Ramadan tanpa insan tersayang di sisi.
“Selamat menyambut bulan ramadhan 23.04.2020. Tahun ni berbeza menyambut puasa ermm sayunya hati bila puasa tanpa insan tersayang.
“Ya Allah, anugerahkanlah suamiku balasan yang sebaik-baiknya kerana membimbingku ke jalan-Mu dan pahala yang besar atas kasih sayangnya yang melimpah-ruah ke atas ku Aminn Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.
“AL-FATIHAH suamiku Syed Umar Mokhtar,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda pagar
#stayathome #pendosa #pendosadunia #gemokisawesome #keciluntukibadah #taksukabolehjalan #jangansibukhalorang #kitabaikramaisayang dan #SIKASIH
Sekadar imbasan, arwah Abam yang juga seorang pelawak terkenal dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017.
Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey meninggal dunia di kediamannya di Gombak, Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu dipercayai akibat demam panas.
Foto: Instagram Abam Bocik
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!