Ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani memberikan pujian tinggi apabila menyifatkan pemain orkestra Malaysia yang bakal mengiringi konsert Dewa 19 A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia malam ini jauh lebih baik berbanding Indonesia.
Menurut Dhani, antara faktor yang mendorong kejayaan tersebut adalah kerana kumpulan orkestra Malaysia mempunyai gabungan dan kepakaran daripada pemuzik-pumuzik antarabangsa.
“Saya sudah mendengar sesi latihannya. Sebagai ahli muzik, rasanya kumpulan orkestra di Malaysia lebih bagus daripada Indonesia walaupun saya hanya mendengar daripada video.
“Mungkin disebabkan orkestra di Malaysia mempunyai pemain muzik daripada negara luar. Kalau di Indonesia, pemain orkestranya semua orang tempatan.
“Lagipun, muzik orkestra ini bukan budaya kita kerana ia merupakan budaya barat. Mereka lebih berkualiti. Sama seperti mengaji. Sudah tentu orang Arab lebih fasih daripada kita,” katanya kepada MH.
Dhani berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media dan sesi latihan konsert tersebut di Axiata Arena, malam tadi.
Ads
Katanya lagi, industri muzik orkestra di negara kelahirannya itu masih baharu dan dia berharap agar mereka akan turut dibiayai sama seperti di Malaysia.
“Semakin berusia, kita perlukan bunyi-bunyian muzik yang mahal. Muzik orkestra ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi juga merupakan makanan jiwa.
“Pada mulanya, tiada siapa pun yang yakin dengan gabungan diantara Dewa 19 dan kumpulan orkestra ini. Kami hanya ingin membawa satu budaya baharu.
“Menonton persembahan orkestra juga merupakan budaya yang masih baharu di negara saya. Malah, di Indonesia, kami belum ada kumpulan orkestra yang dibiayai oleh negara seperti di Malaysia.
Ads
“Mungkin pada tahun 2024, baru akan dibiayai,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah semangat Dewa 19 akan berkurang memandangkan konsert ini memerlukan penontonnya lebih tertib, Dhani mendedahkan muzik Dewa 19 sememangnya memerlukan keseriusan untuk menikmatinya.
“Saya tak pernah risau mengenai penonton yang mahu bergoyang atau hanya duduk diam. Malah, saya tak kecewa pun kalau mereka hanya berdiam diri kerana muzik Dewa 19 ini perlukan keseriusan juga.
Ads
“Kalau anda pernah menonton konsert band rock, Genesis, walaupun penonton mereka berdiri tapi mereka tak bergoyang. Namun, tak bererti mereka tidak menikmati.
“Justeru, mereka menikmati dengan tidak bergoyang kerana muzik Genesis agak rumit. Sama seperti Dewa 19. Ada beberapa lagu yang kita perlu bergoyang kerana ada unsur hiburan.
“Ada persembahan juga yang kita perlu fokus. Saya akui, bermain bersama 54 orang pemain orkestra ini tidak mudah. Malah, menonton orkestra juga ada etika dan adabnya. Tak boleh bising,” akhirinya.
Terdahulu, Dewa 19 akan menyampaikan 34 lagu pada konsert yang diiringi oleh 54 pemuzik orkestra Malaysia pada Jumaat.
Kali terakhir Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia menerusi Konsert 30 Years of Dewa 19 pada September, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ahmad Dhani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus berkongsi detik cemas selepas memaklumkan ibunya telah terjatuh ketika ingin pergi ke dapur awal pagi tadi.
Menurut Aril, ibunya itu telah dikejarkan ke Hospital Jasin, Melaka bagi mendapatkan rawatan selepas bahagian bawah matanya dilaporkan terkoyak.
Khabar mengejutkan itu dikongsikan sendiri oleh pengacara program, CCTV itu menerusi beberapa hantaran di ruangan Instagram Stories.
“Terkejut kakak call pagi-pagi buta bagitahu mak jatuh tersungkur dekat dapur pagi tadi. Koyak pula bawah mata mak. Allahuakbar.
“Bengkak dah sebelah muka. Sekarang mak dekat Hospital Jasin. Doktor akan observe sampai pukul 2 sebab lepas jatuh tu mak muntah-muntah.
“InsyaAllah lepas x-ray nanti boleh tahu update. Semoga mak sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. Amin,” tulisnya.
Menerusi posting terkini, Aril memaklumkan ibunya itu telah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima lima jahitan di bahagian bawah matanya itu.
Katanya lagi, ibunya itu juga harus berjumpa dengan doktor pakar bagi menjalani rawatan susuluan memandangkan ibunya itu juga merupakan seorang pesakit diabetes.
“Update tentang mak saya yang jatuh pagi tadi. Alhamdulillah, mak dah balik rumah. Buat x-ray pun doktor cuma bagitahu tiada apa-apa yang serius.
“Cuma luka yang dekat bawah mata tu dijahit dengan lima jahitan. Mak masih lagi pening dan tak dapat buka mata di bahagian yang cedera.
“Disebabkan mak ada diabetes, esok kena pergi juga check dekat doktor pakar mata untuk pastikan keadaan mak baik,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Aril turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan mengenai kesihatan ibunya itu.
“InsyaAllah, terima kasih atas doa dan sokongan moral anda. Semoga amda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” jelasnya lagi.
Apapun, MH doakan semoga ibu Aril tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan segera kembali sembuh seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Aril Pilus
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak kira selebriti atau tidak, sudah pasti bagi setiap insan yang bergelar ibu berasa gembira apabila melihat anak semakin membesar dengan baik.
Terbaru, pelakon Nora Danish ada menitip kata doa sempena hari jadi anaknya, Rayqal yang ke-11 tahun, hari ini.
Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri itu mendoakan putera sulungnya itu menjadi seorang anak yang soleh.
“7th January 2020 : Today is abg Qal’s birthday !!! You are finally 11 ! In my eyes, you will always be the little child that I love and adore, happy birthday my dearest one,
“I pray you’ll get to places I’ve never set my foot on, and I hope you’ll become what I never became. Mommy doakan Semoga Rayqal menjadi anak Yg soleh, dunia akhirat. I love u Qarlito.
“ok mommy will plan for ur birthday celebration with ur school friends this Saturday as requested !! ( bila dah besar Nak dengan kawan kawan je !!! So all parents , siap sedia la),” tulisnya.
Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
Bagaimanapun, Nora telah berpisah dengan Jejai pada Julai 2008.
Foto: Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wanita dan kecantikan ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan. Ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit ada juga yang selesa mengamalkan petua secara alami dan bersederhana sahaja.
Bagi Siti Nordiana binti Alias, atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten. Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal. Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.