Memiliki sebuah klinik pergigian di Johor Bahru, Dr Irma Shidah Abu Samah kini mahu berjinak-jinak dalam usaha untuk mencipta lagu bagi mewarnai industri hiburan tanah air.

Irma ketika ditemui di ECurve, Mutiara Damansara sempena majlis pelancaran media lagu-lagu terbaru artis di bawah naugannya petang semalam memberitahu bahawa hasil seni itu datang dari minatnya sendiri.

“Ramai orang tanya kenapa memilih bidang seni ini berbanding bidang yang sudah sedia ada (kedoktoran) kerana ia membawa keuntungan dan hasil yang lumayan. Bagaimanapun, ia sudah datang dari minat untuk hasilkan sebuah lagu ciptaan sendiri untuk artis-artis lain,” jelas Irma kepada MH.

“Ia Datang Dari Minat,”- Dari Bidang Kedoktoran Ke Bidang Seni, Dr Irma Berjinak-Jinak Cipta Lagu

“Ia Datang Dari Minat,”- Dari Bidang Kedoktoran Ke Bidang Seni, Dr Irma Berjinak-Jinak Cipta Lagu

Ads

Antara penyanyi yang dipilih Irma ialah mereka yang sudah sedia memiliki kekuatan vokal dan suara yang unik.

“Setakat ni saya ada berjumpa dengan para penyanyi merupakan kenalan saya juga. Apa-apa pun, keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada label berkenaan,” kata Irma yang kini mempunyai label muzik sendiri iaitu Dr.Irma Entertaiment.

Ads

“Ia Datang Dari Minat,”- Dari Bidang Kedoktoran Ke Bidang Seni, Dr Irma Berjinak-Jinak Cipta Lagu

Dalam perkembangan lain, klinik pergigian Irma juga masih beroperasi seperti biasa di Johor Bahru.

Ads

Menariknya, Irma juga mempunyai tiga orang penyanyi yang kini mahu meningkat naik dengan lagu hasil ciptannya sendiri iaitu Akmar Natasha berjudul Pujaan Hati Kanda, Yama Watanabe (Jika Masih Ada Rindu) dan Ray Asri (Adiwira Sepi).

Antara artis yang sudah mencipta nama dengan Dr Irma Entertaiment ialah Azharina Azhar (Lakar Janji) dan Ferhad (Definasi Cinta).

“Ia Datang Dari Minat,”- Dari Bidang Kedoktoran Ke Bidang Seni, Dr Irma Berjinak-Jinak Cipta Lagu

Foto : Instagram Dr Irma

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI