Pelakon senior, Wan Hanafi Su tidak gentar sekiranya watak Tok Gajah yang dibawakan di dalam filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dibandingkan dengan kisah sebenar tokoh berkenaan yang telah ditulis didalam sejarah.
Pelakon berusia 73 tahun ini berpandangan, kebanyakkan kisah sejarah di negara ini telah ditulis oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi.
“Ada kalanya, sejarah yang ditulis pun ada yang tak betul. Malah, kisah-kisah sejarah di Malaysia juga begitu. Ditambah pula ia telah ditulis oleh penulis orientalis.
“Mereka memaksa orang ramai percaya tentang sejarah sesuatu negara yang dijajah untuk kepentingan mereka sendiri. Itu memang kerja penjajah,” katanya kepada MH.
Wan Hanafi Su berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem berkenaan baru-baru ini.
Ads
Lantaran itu, pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2013 turut menggesa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggubal semula silibus matapelajaran Sejarah yang telah diajar selama ini.
“Saya rasa, sudah sampai waktunya untuk pihak Kementerian Pendidikan berfikir tentang keperluan kita mengajar lagi matapelajaran Sejarah pada generasi akan datang tetapi sejarah yang bukan kepunyaan kita.
“Generasi masa kini harus diajar tentang sejarah yang sebetulnya. Pihak barat telah memaksa golongan orientalis untuk menulis sejarah yang mengangkat kebodohan kita.
“Sebab itu saya sangat menyokong hasrat penerbit. Tak banyak penerbit filem yang mahu mengangkat elemen sejarah lebih penting daripada keuntungan material,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, kisah-kisah sejarah di negara ini perlu diamati kerana banyak pengajaran yang mampu menguatkan jati diri anak bangsa.
“Apa yang peliknya? Dalam Islam sendiri, ada sejarah yang tidak betul. Tarikh kematian Baginda Rasulullah pun ada banyak pendapat.
“Namun, perkara yang lebih penting adalah apabila kita mahu membawa generasi akan datang untuk mengenang kembali sejarah bukan atas dasar nostalgik semata tapi hikmah yang ingin disampaikan.
Ads
“Ini merupakan persiapan kita untuk menempuh hari-hari mendatang. Sampai bila kita nak berikan kepada generasi kita perkara yang telah dirancang untuk kepentingan orang barat?,” soalnya lagi.
Terdahulu, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Januari ini.
Filem terbitan, Studio Kembara ini merupakan sekual daripa filem pecah panggung, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada 2022.
Selain Wahafi Su, filem ini turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Nadhir Nasar dan Namron.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang pada lewat petang Rabu.
Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.
Memetik laporan Buletin TV3, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
“Pada 9.04 malam, teman wanita Afham menghubunginya dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.
Lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Ahfam juga merupakan abang kepada penyanyi terkenal, Aufahanie.
Sumber & Kredit Foto: Buletin TV3
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdulillah.. syukur kehadratMu Ya Allahhh. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami .. Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob.. sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allahhh.. kami bersyukur.
“Bergelinang air mata mengerjakan umrah kali ini.. Sahabat2 yang ku sayangi.. Deqsha, Ery , Fawzi yg telah kuanggap seperti adikku sendiri.. Muti yang telah menjadi sebahagiaan dlm hidup ini juga kak intan yang kuanggap kakak sulung yg byk memberi perhatian dan ksih sayang buat ku.. semuanya bersatu hati dan terpanggil utk mengerjakan umrah bersama.
“Semuanya KERAN INGIN MENDEKATI DAN MENANAM KECINTAAN YANG DALAM PADA MU YA ROBBB.. YA RASULULLAH…. Tak mampu kami lalukan apa yg telah kami lakukan tanpa ada bimbingan dan sokongan yg padu dari ustaz Anaz yg lembut bicaranya.. tinggi santunnya dan tenang serta damai orangnya,” tulis Erra sambil disusuli dengan kredit.
Sementara itu di dalam sebuah lagi entri, Erra turut mendoakan agar semua berpeluang untuk ke tanah suci selain mendoakan yang terbaik atas situasi semasa yang menimpa.
“Ku doakan seisi keluarga, sahabat2 juga followers IGku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.. kpd yg sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama2 kita bersoa agar keadaan kembali pulih.
“Pasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya.. Moga ada jalan dan dpermudahkan.. Aminnn,” titip Erra.
Erra sebelum ini pernah menunaikan haji dan ini temu bualnya bersama MH mengenai perkara itu;
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Zahirah MacWilson atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Zainol MacWilson telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, pelakon berusia 24 tahun itu telah berkongsi gambar ibunya dan meluahkan rasa rindu terhadap ibunya, Maslinda Yusoff setelah hampir 7 bulan tidak bertemu bersama ibunya.
“I miss my mum almost 7 months tak jumpa. Habis shoot je kakak balik Perth okay mum Love you lots” tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu telah menjadi perhatian netizen setelah melihat wajah ibu Zahirah yang kelihatan sangat cantik dan muda.
Alahai, cantik betul wajah ibu Zahirah. Patutlah Zahirah kelihatan sangat cantik, sebab wajah ibunya pun cantik. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
Ibu Zahirah kini sedang menetap di Perth, Australia.
Foto : Instagram Zahirah MacWilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wakil Malaysia di pertandingan Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran, berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Kemenangannya bagai sudah boleh dijangka sejak awal pertandingan lagi.Menampilkan prestasi...