Pelakon & model, Zahnita Wilson mendedahkan dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran daripada jenama terkenal yang mahu mendapatkan khidmatnya.
Meskipun tawaran tersebut lumayan, Zahnita memaklumkan dia hanya mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk membesarkan anak-anak dan menguruskan bisnes pai miliknya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Kuliah Cinta itu menerusi temu bual bersama portal Mingguan Wanita yang dikongsikan di laman Instagram.
“Saya terpaksa menolak dengan cara yang baik meskipun tawaran tersebut melibatkan jumlah wang ringgit yang sangat besar. Ketika ini, saya hanya mahu memberikan fokus kepada anak-anak dan bisnes.
“Pada saya, dua perkara ini jauh lebih bernilai daripada sebarang kontrak yang diberikan kepada saya.
“Saya mendapat tawaran tersebut malam tadi. Kini, saya terpaksa memanggil kawan baik saya untuk menjadi pengurus. Dia yang akan menguruskan segala panggilan telefon.
“Salah satu tawaran yang saya terima adalah daripada Jakel tapi minta maaf, saya terpaksa tolak,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Katanya lagi, dia hanya akan menerima tawaran sekiranya ia mampu memberikan manfaat kepada masyarakat terutamanya buat golongan wanita.
“Memang ada yang menjemput saya. Kalau ia boleh membantu para wanita, masyarakat, dan komuniti, saya akan datang dan bantu.
“Namun, dari segi modeling dan segala tawaran-tawaran lain, buat masa sekarang, saya okay sahaja.
“Saya hanya ingin menjadi diri sendiri seperti biasa. Saya hanya akan gunakan platform media sosial untuk mempromosikan bisnes,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zahnita turut memanjatkan rasa syukur apabila bisnies pai miliknya mendapat dapat sambutan yang sangat hebat daripada masyarakat.
Ads
Malah, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut menyifatkan segala ujian yang berlaku terhadap dirinya saat ini mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Saya memang ada sasaran. Pada bulan ini, saya ingin membuat 3000 biji pai. Insya-Allah, menjelang tahun hadapan, ia mungkin boleh mencecah 100’000 biji.
“Semasa saya memulakan bisnes ini, saya minta kepada Allah untuk tunjukkan jalan dan saya niat kepada Allah, saya mahu menghantar sejuta pai ke Palestin.
Ads
“Pada saya, sebab inilah perkara yang menimpa saya ini berlaku. Niat itu merupakan satu hal yang sangat kuat,” akhirinya.
Sebelum ini Zahnita mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Melalui media sosial, ibu empat anak itu berkongsi gambar dengan kesan lebam di wajahnya, sambil menjelaskan bahawa itu adalah punca beliau sering memakai kaca mata hitam dalam acara awam.
Berikutan itu, laporan polis dibuat mangsa pada 27 November lalu dan suaminya ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kelmarin.
Dia turut memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 3 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mingguan Wanita & Zahnita Wilson
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nabil Ahmad tampil menjawab pertanyaan yang mempersoalkan penampilan salah seorang anaknya kerana tidak mengenakan topeng pelitup muka di kawasan awam.
Terdahulu menerusi Instagram, entri tersebut merakamkan Nabil sedang membawa anaknya, Mishall Imani bersiar-siar di sebuah pusat membeli-belah.
“Apak pakai mask mahal-mahal masuk mall anaknye? Lu pk la sendiri.
“Baby should wear mask too,” tulis individu berkenaan.
Lalu, komen yang ditinggalkan itu mendapat reaksi hos MeleTop yang turut mengakui anaknya itu berusia kurang dua tahun.
“Bro baby baru setahun 4 bulan. Kau boleh handle ke baby punya cranky,” jawabnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengguna lain turut memberikan pendapat selain turut menjelaskan, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak diwajibkan untuk memakai topeng muka.
Sebaliknya, golongan tersebut tidak digalakkan untuk di bawa bersiar-siar di kawasan yang terlalu padat dengan orang awam sebagai langkah berjaga-jaga
Sekadar informasi selain Mishall, Nabil turut memiliki dua orang lagi anak perempuan iaitu Naira Mikayla dan Leyla Medyna.
Nabila telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Nazirah Ayub pada 30 September 2011.
Sumber: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Satu perkongsian menerusi Instagram pelakon, Niezam Zaidi yang mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis AMP dan methamphetamine di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, pada Selasa mencuri perhatian ramai.
Menerusi hantaran buat tatapan umum itu, Niezam memohon maaf secara terbuka kepada semua.
Pelakon berusia 29 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Assalamualaikum semua, Saya minta maaf jika ada salah dan silap saya pada kalian semua, saya minta maaf juga tidak dapat membalas satu-satu comment sahabat handai, media dan rakan2 seperjuangan melalui DM, whatsapp, call dan sebagainya.
“Alhamdulillah, syukur pada ALLAH di atas apa yang terjadi & Jutaan terima kasih juga pada kalian semua yang selalu mendoakan saya selama ini, semoga ALLAH merahmati kalian,” tulisnya.
Pada masa sama, Niezam tidak mahu memberi sebarang kenyataan atau mengulas lebih lanjut mengenai isu tular membabitkan dirinya.
“Buat masa sekarang, saya simpan apa-apa comment mengenai isu ini. Semoga kalian semua sihat sentiasa dan diberkati serta dirahmati,amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Niezam bersama pengarah Mohd. Latiff Zami, 49 dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 47 telah ditahan pihak polis dalam satu serbuan yang dibuat di sebuah rumah desa di Kuala Kangsar pada 7.15 pagi Isnin.
Dalam serbuan tersebut, hasil ujian saringan air kencing yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis THC atau Tetra Hydrocannibol manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis AMP dan methamphetamine.
Foto: Instagram Niezam Zaidi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon tersohor tanah air, Bront Palarae terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Baan Nang Klang...