Lagenda MotoGP, Valentino Rossi, mengumumkan dirinya bakal bersara daripada sukan permotoran itu pada penghujung musim ini.

Juara dunia MotoGP sembilan kali itu mengesahkan ini musim terakhirnya beraksi di Grand Prix Austria, tempat di mana pelumba kelahiran Itali itu meraih podium pertamanya pada tahun 1996.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

“Ia merupakan saat yang paling sedih. Sukar untuk mengetahui tahun depan, saya tidak akan lagi berlumba dengan motosikal.

“Ia merupakan perjalanan yang cukup panjang dan telah dinikmati dengan cukup baik. Tahun depan, kehidupan saya akan berubah.

“Ia merupakan keputusan yang sukar tetapi mana-mana sukan juga akan memalui situasi seperti ini, jadi saya berasakan ini adalah keputusan yang terbaik. Tiada apa yang boleh saya merungut mengenai karier saya,” katanya.

Ads

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Rossi atau lebih popular dengan jolokan The Doctor itu menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi laman Instagram MotoGP.

“Ia Merupakan Saat Paling Sedih,” – Selepas 26 Tahun, Valentino Rossi Umum Bersara MotoGP

Sekadar informasi, Rossi memulakan kariernya pada tahun 1996 bersama pasukan Aprilia menerusi kelas 125cc.

Ads

Memetik laporan Berita Harian, Rossi kemudiannya memenangi gelaran pada musim berikutnya sebelum menyertai kelas 250cc dan memenangi gelaran dunia bersama Aprilia pada 1999.

“Ia Merupakan Saat Paling Sedih,” – Selepas 26 Tahun, Valentino Rossi Umum Bersara MotoGP

Di kelas tertinggi pula, Rossi muncul naib juara pada musim pertama pada 2000 sebelum menang gelaran dunia dalam format terakhir 500cc setahun kemudian bersama Honda.

Ads

Dia menang enam lagi gelaran bersama kelas baharu MotoGP pada 2002, 2003, 2004, 2005, 2008 dan 2009 iaitu gelaran pertama bersama Honda dan selebihnya bersama Yamaha.

Musim lalu, dia menamatkan saingan di tempat ke-15, sesuatu tidak dijangka daripada seorang pelumba yang tidak pernah terkeluar daripada kedudukan ke-10 dalam semua peringkat perlumbaan sejak kemunculan pertama pada 1996.

“Ia Merupakan Saat Paling Sedih,” – Selepas 26 Tahun, Valentino Rossi Umum Bersara MotoGP

Musim 2021 adalah peluang terakhir buat Rossi merubah nasibnya dengan pasukan Yamaha-SRT, tetapi selepas sembilan perlumbaan, dia sekadar menduduki tempat ke-19.

Sumber: Instagram MotoGP, Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI