YouTuber popular, S. Pavithra, yang sebelum ini pernah mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan wajah dan penampilan berbeza menerusi sebuah sesi fotografi baru-baru ini mengakui ia hanya memenuhi permintaan portal berkenaan.
Jika ada pihak yang mulai terfikir dia mahu berjinak-jinak dengan dunia peragaan yang glamor, Pavithra menerusi Berita Harian memberitahu dia lebih selesa dengan rutin kehidupan biasa.
“Saya hanya penuhi permintaan portal. Ia menjadi sesi fotografi pertama dan terakhir saya.
“Tidak terfikir menjadi model atau apa sekalipun… Saya tak akan jadi model. Saya mahu terus lakukan rutin seperti biasa dengan memasak dan berkongsi kandungan di YouTube, selain jadi ibu dan isteri,” katanya seperti yang dipetik.
Pavithra turut menjelaskan, dia hanya orang biasa.
“Saya orang biasa. Saya selesa dengan status itu. Saya sebolehnya menolak hendak ditemubual di televisyen (TV),” kata wanita berusia 28 tahun ini lagi.
Ads
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memberi reaksi terhadap soal perubahan hidup yang dilaluinya ketika ini.
Sambil bersyukur kerana percubaannya dalam dunia masakan di media sosial diterima baik, dia bertuah kerana mendapat sokongan keluarga.
“Saya mula berjinak-jinak dengan dunia YouTube sejak 28 Januari lalu. Saya lakukannya dengan sokongan suami, anak dan keluarga.
Ads
“Pada awalnya, saya tidak yakin, apakah orang akan suka cara saya memasak. Saya terfikir ada tak orang hendak tengok video memasak saya?
“Tapi sesuatu yang tidak terduga, sambutan diterima sangat positif dan menggalakkan. Mahu buka akaun YouTube ini pun kena ada syarat termasuk mendapatkan 1,000 pelanggan. Dalam hati terfikir, boleh tak dapat 1,000 pelanggan?
“Namun, akhirnya semua tersusun cantik di depan mata,” katanya.
Ads
Setakat ini, saluran YouTubenya yang menggunakan nama Sugu Pavithra sudah pun memiliki lebih 730,000 pelanggan.
“Kenapa ramai yang suka cara saya memasak dan berceloteh? Saya dengar ada orang suka cara saya bercakap bahasa Melayu dengan baik selain gaya penyampaian biasa dan merendah diri.
“Apapun, saya bersyukur dengan rezeki ini. Saya pun bukan orang kaya. Dapatlah berkongsi rezeki dengan keluarga hasil pendapatan di YouTube,” jelas Pavithra yang turut menafikan dia memiliki akaun Instagram (IG) dan media sosial lain.
“Saya hanya ada satu akaun Facebook dan YouTube. Akaun media sosial lain itu semua palsu,” akuinya.
Sumber/Foto: Berita Harian/ IG Razzi Musa, YouTube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ramai diantara kita yang menggunakan kesempatan tersebut bagi melakukan hobi untuk mengisi kekosongan waktu.
Itulah yang cuba disampaikan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah apabila dia berkongsi mengenai bakat terpendamnya menghasilkan lukisan di kanvas.
Menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram, Bella menyifatkan tempoh PKP ini ada kalanya membawakan sisi lain seseorang individu itu yang tak biasa dilihat sebelum ini.
“Did this numbered canvas painting for 5 hours straight. During this MCO period I guess it brings out the different sides of us that normally we don’t see, MCO ni je ada kesempatan buat ni semua kalau tak asyik busy,” tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini turut berharap agar seluruh rakyat Malaysia diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
“Wishing everyone to stay safe with your loved ones. What are you guys doing during this MCO?,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa kagum selain turut menyifatkan Bella sebagai seorang pelukis yang berbakat.
Sumber: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah berjaya membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), malam Ahad meski apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya.
Jelas Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, dia gembira dengan apa yang dipersembahanlan menerusi lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu.
“Walaupun tak seperti yang saya rancangkan, tapi alhamdulillah selesai dan saya gembira dengan apa jua yang saya persembahkan pada malam ini (semalam),” katanya.
Nasib tidak berpihak kepada Nabila pada malam kemuncak anugerah muzik tahunan itu apabila dia ‘terkucil’ ketika menyanyikan lagu tersebut.
Meski pada awalnya dia dilihat berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan agak baik, namun situasi sebaliknya berlaku pada bahagian ‘verse’.
Menerusi video yang dikongsikan mStar, Nabila menyifatkan dia cuba memberikan yang terbaik selain memohon maaf buat yang mungkin kecewa dengan persembahannya itu.
“Saya rasa sudah cuba berikan yang terbaik dan saya sangat berharap kalian dapat emosi yang saya cuba sampaikan pada kalian semua.
“Mungkin saya ada kecewakan beberapa pihak di luar sana. Saya minta maaf tetapi saya memang cuba berikan yang terbaik untuk persembahkan lagu tersebut sebaik mungkin.
“Apa pun alhamdulillah dan terima kasih kepada Hael Husaini dan MFMF kerana Peluang Kedua berjaya sampai ke final. Ia sudah pun jadi saya pencapaian yang besar untuk saya dan kami semua,” katanya.
Terdahulu, insiden Nabila yang tergelincir daripada nota lagu sepatutnya sekali gus menjadi sensasi di media sosial, khasnya di Twitter.
Malah, para pengguna media sosial turut memberikan reaksi pelbagai terhadap persembahannya itu. Ada yang mengkritik, namun ada juga yang memberikan kata-kata positif buatnya.
Sementara itu menerusi Instagram, bintang berusia 29 tahun ini turut meminta maaf kepada pencipta lagu tersebut.
Satu perkongsian balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali di laman TikTok menimbulkan perasaan sebak apabila wanita itu secara kebetulan ternampak kereta yang pernah menjadi milik suaminya meluncur di jalan raya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian berkenaan, Hidayah menjelaskan, arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pernah berkata kenderaan mewah jenis Vellfire itu dibeli untuk keselesaan anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah.
“Hanya tinggal kenangan… kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar ini lah kereta ayah.
“Ayah (Abam) pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya.
“Doakan bisnes ibu berjaya,” tulis Hidayah beserta hashtag #hanyatinggalkenangan #keretapenuhkenangan
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Hidayah dimurahkan rezeki agar dapat memberikan kehidupan selesa buat anak tunggalnya.
“InsyaAllah ada rezeki kak. Kami sentiasa doakan kesejahteraan keluarga akak.
“Tidak mengapalah Dayah, awak tunjukkan pada mereka awak pun boleh berjaya dengan usaha awak sendiri.
“Sedih betul. Kalau kita rasa dugaan kita besar. Ada lagi yang lalui lebih besar daripada kita.
“Tidak mengapa sis. Doa orang teraniaya Allah akan makbulkan.
“Tidak mengapa dik, itu harta dunia. Harta arwah itu adalah awak dan anak dia. Saya sentiasa mendoakan kamu hingga ke jannah,” tulis warga maya.
Kenderaan pelbagai guna (MPV) itu merupakan antara aset yang berjaya dibeli arwah Abam sepanjang hampir lapan tahun menceburi bidang seni lawak dan komedi tempatan.
Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Abam meninggalkan seorang balu, Siti Norhidayah Mohd Ali, 31, dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia tiga tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Norhidayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan usahawan, Roslan Shah mengakui dia ada memasang niat untuk mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran sekiranya usaha murninya untuk berbaik dengan rakan...