Tiga minggu sebelum bersalin anak kedua, pelakon Yana Samsudin memaklumkan dirinya mengalami masalah Hemoglobin rendah dan terpaksa melakukan rawatan memasukan multivitamin secara drip bagi memastikan ia kembali kepada bacaan normal.
Perkara tersebut dijelaskan Yana menerusi satu kapsyen pada hantaran di Instagram.
Tambahnya lagi, ia terjadi berkemungkinan kerana cara pengambilan suplemen yang kurang betul.
“Pada awal pregnancy iron (Zat Besi) yana terlalu tinggi.. tiba tiba dah hujung2 #3weeksBeforeDue ni Iron rendah & HB low 9.9.
“So yana ambik drip Multivitamin utk boostkan Vit D & Iron, alhamdulillah maintain semula. Drip adalah alternatif paling cepat nak naikkan terus masuk dalam badan sebab dah nak due. (Result boleh baca after 2 weeks).
“Selama ni memang makan Multi vitamin tapi tak perasan sebab mungkin makan ubat cara yang salah. Ia telah menghalang Vitamin tu serap dalam darah.
“So korang kalau dalam medication atau ambil supplement, please jarakkan minuman berkafein macam Teh & Kopi atau susu lebih kurang 2jam sebelum & selepas makan ubat, moga bermanfaat,” tulisnya panjang lebar.
Untuk rekod, Yana mendirikan rumah tangga pada pada 13 Februari 2015 bersama suaminya yang juga pelakon Fadzil Zahari.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Aisy Mateen yang kini mencecah usia empat tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI