Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman zionis Israel turut dirasai ramai insan di dunia termasuk rakyat Malaysia.

Malah selain doa dari kejauhan dan membangkitkan suara mendukung perjuangan di Gaza di media sosial, pelbagai syarikat dan agensi turut terpanggil untuk menyalurkan sumbangan.

Syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab misalnya, turut menderma RM80,000 kepada Persatuan Cinta GAZA Malaysia (CGM) sebagai tanda solidariti membantu rakyat Palestin.

Pengasasnya yang juga pempengaruh, Said Saiful Fazli yang sinonim disapa Coach Said berkata, sumbangan berkenaan diserahkan kepada persatuan bukan kerajaan itu secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di ibu pejabat syarikat berkenaan di Kota Damansara.

“Ibarat Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Terasa,” – Usahawan & Pempengaruh, Coach Said Jumpa Nadir Al-Nuri Serah Sumbangan RM80,000 Demi Rakyat Palestin“Ibarat Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Terasa,” – Usahawan & Pempengaruh, Coach Said Jumpa Nadir Al-Nuri Serah Sumbangan RM80,000 Demi Rakyat Palestin

“Sumbangan wang RM50,000 itu disalurkan daripada ibu pejabat Choco Albab, manakala RM30,000 lagi itu daripada ejen kami.

Ads

“Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Begitulah ironinya kesusahan dan kesengsaraan saudara kita di Gaza dirasai kita di Malaysia. Ini usaha dan jihad kecil kami.

“Alhamdulillah biarpun baru dua tahun jenama ini berada di pasaran, kami juga tergerak hati ingin membantu mereka di sana. Malah saya puji usaha ejen sesama mereka turut terpanggil untuk sama-sama menderma,” katanya.

Tambah Said, saban hari melihat perkembangan dan berita dari sana menerusi paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai pergelutan melanda di sana, hatinya termasuk ejen turut terpalit rasa sedih serta amarah.

Ads

“Saya sendiri tak mampu menahan air mata melihat insan tak berdosa termasuklah anak kecil hidup dalam keadaan ketakutan di sana. Hal sama turut disuarakan ejen saya yang turut terasa tempias penderitaan mereka.

“Jiwa kami ini tak tenteram dengan tindakan serangan tanpa henti Israel dari udara dan darat. Sudah beribu-ribu rakyat Palestin menanggung derita yang cedera dan terbunuh,” katanya.

Said turut memaklumkan dia menerima mesej langsung dan di aplikasi WhatsApp daripada ramai pihak yang memuji usaha dilakukan termasuk jumlah sumbangan diberikan.

Ads

“Ada yang DM (mesej langsung) di Instagram dan WhatsApp cakap banyak jumlah kami salurkan kepada rakyat di sana.

“Jumlah itu mungkin kecil atau besar di mata kita, tapi untuk mereka yang memerlukan di sana… tentunya ia cukup bermakna.

“Apa yang kami lakukan ini juga seiring visi syarikat untuk membantu orang meningkatkan kehidupan. Sekali gus seperti misi murni kami ini untuk membantu saudara sesama kita di Palestin,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI