“Ibarat Duduk Di Dalam Kereta Yang Dibiarkan Di Bawah Panas Terik, Hanya Buka Tingkap 1/5 Tanpa Aircond,” – Dr Say Cerita Pengalaman Pakai Sut PPE

Share

Doktor selebriti, Dr Say Shazril ada berkongsi pengalamannya mengenakan sut Personal Protective Equipment (PPE) selepas mendapat pelepasan menyertai barisan petugas kesihatan bagi bersama-sama mengekang penularan COVID-19 di negara ini.

Katanya menerusi satu entri terkini di Instagram,  dia mengenakan beberapa lapisan pakaian PPE dan  ya, ia diibaratkan cukup panas dan ‘sesak’.

Jelas Dr Say lagi, mereka yang mengenakan PPE dihadkan untuk menggunakan selama tiga jam sahaja bagi mengelakkan sebarang kemudaratan kepada si pemakai.

“Topik: Gonna Leave This Here

“Sy sering tertanya-tanya “macam mane the real situation kat luar sana? Betul ke keadaannya macam war zone? Betul ke pakai PPE tu panas gila? Ape rasanya jadi frontliner ni? Well, hari ni sy dapat experience kesemuanya! Sy ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur.

“Kalau kalian tengok berita arini, Pasar Borong ni ibarat warzone dengan kawat berduri di sekeliling kawasannya. Entrance dikawal ketat tentera & polis, cukup menyeramkan.

“Tiba di lokasi kami di-brief sekali lagi tugasan kami iaitu untuk mengambil 800 sampel lalu kami diminta untuk memakai PPE (personal protective equipment). Lapisan demi lapisan disarungkan sehinggalah item terakhir yakni face shield.

“Kehangatannya ibarat anda duduk di dalam kereta yg dibiarkan di bawah panas terik sepanjang hari & anda hanya buka tingkap 1/5 tanpa aircond.

“Cukup panas & sesak! Atas sebab inilah masa yg dihadkan kepada mereka yg memakai PPE hanya 3 jam kerana jika dibiarkan lebih lama mungkin akan memudaratkan,” akuinya.

Berkongsi perasaan apabila bertugas sebagai frontliners, Dr Say menyifatkan dirinya amat bertuah kerana dikelilingi skuad yang menyokong dan saling membantu.

Meski pada awalnya, dia agak gusar kerana tidak tahu apa-apa perkara yang tak terjangka.

“Perasaan jadi frontliner? Pada awalnya cukup menggusarkan. Sebab kita tak tahu apa yg nak dijangkakan. Bila tiba tadi, beratus orang beratur untuk diambil sampel.

“Bayangkan selama ni kita tengok & dengar kes-kes COVID di berita sahaja tup tap arini engkau kena swab tekak beratus orang ni yg mungkin salah sorang ni ada wabak maut ni ape perasaan korang?

“Pulak tu lepas ni nak balik jumpa anak & bini, tak ke menakutkan sekiranya kita terbawak balik COVID ni? NauzubillahiminzaliK.

“Akan tetapi sy sangat bertuah dikelilingi team yg cukup supportive & helpful. 1st time sy nampak betapa efficient-nya pegawai kesihatan, polis, tentera, JPA, RELA berinteraksi bersama. Kecuakan sy tadi terus bertukar semangat.

“Semangat untuk meneruskan hari-hari sukarelawan mendatang. If there is one advice i can give, jangan sesekali pandang remeh COVID ni peeps.

“Number of cases mungkin dua digit sekarang tapi dari apa yg sy experience tadi dua digit ini tidak akan berkekalan. Stay safe peeps!,” tulisnya panjang lebar.

Menerusi ruangan komen pula, rata-rata pengikutnya mendoakan agar semua urusan petugas kesihatan dipermudahkan selain berharap agar pandemik bahaya ini dapat dibendung sebaiknya.

Foto: Instagram Dr Say Shazril

Published by
MH