Sejak bermulanya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan menyarankan hanya ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar membeli barangan keperluan.
Perkara tersebut nyata memberi sedikit kesukaran buat segelintir pihak yang sebelum ini kurang mengetahui jenis barangan di pasar raya.
Terbaru, pelakon, Saharul Ridzwan ada berkongsi kisahnya ketika ingin membeli barangan keperluan di sebuah pasar raya.
Menurut Saharul, dia terpaksa menggunakan khidmat Google untuk mencari baking powder meski pun sudah berada di bahagian tepung.
Aku termasuk dalam golongan yang tengah google apa itu baking powder kat depan tepung2 ni. Hadoi. Payah betul pic.twitter.com/DzKF2S9xsN
— SR (@SaharulRidzwan) April 12, 2020
“Aku termasuk dalam golongan yang tengah google apa itu baking powder kat depan tepung2 ni.
“Hadoi. Payah betul,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pemenang tempat ke-3 Hero Remaja 2011/12 itu di laman Twitter miliknya.
Aku rasa masalah lelaki dengan barang dapur ni memang takkan selesai sampai bila2. Ibarat suruh perempuan pergi beli barang rxz rasanya
— SR (@SaharulRidzwan) April 12, 2020
Dah sampai depan counter, ting wasap masuk
Sayang, beli yis sekali. Dalam paket kuning kecik.
.
.
. 🤦🏻♂️— SR (@SaharulRidzwan) April 12, 2020
Memang suami ni selalunya emo bab2 beli barang dapur ni. Takpe. Aku patah balik. Google. Mengomel sorang2 jap. Beratur balik. Off phone. Sampai rumah baru on. Tak apaaaa. 😌
— SR (@SaharulRidzwan) April 12, 2020
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur selain turut memberi panduan untuk mencari tepung tersebut.
Sumber: Saharul Ridzwan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI