Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang kini menerima rawatan di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur masih berada dalam keadaan kritikal.
Perkara itu dimaklumkan isterinya, Sarimah Suleiman, petik Harian Metro.
Sarimah bagaimanapun tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai perkembangan suaminya yang menghidap kanser limfoma tahap empat.
“Saya minta maaf tak boleh nak bercakap panjang. Abang Ibnor masih dalam keadaan kritikal dan masih ditidurkan.
“Mohon doakan kesembuhannya dan semoga abang Ibnor cepat sedar dan beransur pulih,” katanya.
Terdahulu, penyanyi Meneka Dalam Kesamaran itu masih tidak sedarkan diri sejak menjalani pembedahan mengeluarkan air dalam kepalanya pada 2 Disember lalu.
Pada 10 November lalu, penyanyi itu turut menjalani kimoterapi R-ICE di hospital sama.
Dia turut mengalami demam berpanjangan selepas rawatan.
Ibnor yang disahkan menghidap kanser limfoma tahap empat pada Mac lalu sehingga kini difahamkan sudah melakukan kemoterapi sebanyak sembilan kali.
Sejak disahkan sakit, dia membelanjakan sekitar RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan selain menjual tiga buah kereta miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Jatuh, Tak Boleh Terhantuk,” – Mateen Dibenar Keluar Hospital, Ameera Zaini Pohon Doa Anak Lelaki Sentiasa Di Bawah LindunganNya
Usahawan dan hos, Ameera Zaini meluahkan kesyukuran apabila anaknya, Mateen dibenarkan pulang selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi, baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, anaknya masih perlu pantauan rapi dan tidak boleh jatuh atau terhantuk.
“Alhamdulillah Mateen dah boleh balik rumah. Terima kasih semua yang doakan Mateen. Sekarang perlu monitor di rumah je.
“Tak boleh jatuh, tak boleh terhantuk. Ya Allah semoga Mateen Hasnor Rozaini sentiasa dibawah lindungan Allah, and may the injuries heal faster, Amin Ya Rabbal Alamin,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on
Terdahulu, anak kepada pengacara CJ WOW Shop itu mengalami keretakan dan pendarahan di kepala selepas terjatuh di kerusi.
Ameera pada masa turut berkongsi situasi yang berlaku terhadap anak lelakinya, sejurus insiden tersebut berlaku.
“Alhamdulillah Mateen is showing a positive progress. Ramai yang DM, komen, text tanya khabar and doakan kami.
“Terima kasih banyak2 atas doa kalian.
Mateen jatuh macam mana? Sebenarnya kami pun tak pasti. Masa kejadian Meera kat atas, Hasnor pulak baruuu je sampai atas nak letak barang.
“Pastu kitorang dengar bunyi kuat. Mateen jatuh kerusi.
“Mateen tak pengsan, dia menangis je tak berhenti. Lepas sejam dia muntah and then tidur masa waktu berbuka. Lepas berbuka, kami tak sedap hati so we decided to bring him to the hospital.
“Dalam perjalanan tu dia bangun and macam biasa je siap menari dengar lagu.
“Lepas jumpa doctor, kitorang balik and monitor kat rumah. Kat rumah dia okay, pastu dia nak makan apple. Lepas makan tu dia muntah lagi. Pastu minum air pun muntah.
“Tak fikir panjang kami bawa ke hospital semula, buat CT Scan. Masa tu dah midnight dah.
“Pukul 4am camtu doc bgtau ada keretakan dekat skull & sedikit bleeding. Ya Allah memang gugur jantung Meera.
“Esok paginya neurosurgeon datang and explain dekat kami, lepas tu Mateen dihantar ke ICU untuk pantau simptom dia at least 24 hours.
“Alhamdulillah dalam 24 hours tu Mateen tak muntah, eating well, boleh ketawa, responsive. Pagi tadi 2nd CT Scan was done.
“Based on the result, size darah beku static and not expanding — doctor kata no surgery needed cuma kena terus pastikan pendarahan betul2 dah berhenti.
“Sekarang Mateen dah pindah ke wad biasa, dah makin stable, cheerful, makan pun banyak. Mohon semua kalau sudi selitkan Mateen Hasnor Rozaini dalam doa kalian ya.
“Semoga Mateen Hasnor Rozaini semakin pulih, semoga blood clot tu dissolve cepat2 & retak tu sembuh naturally. Amin ya Rabbal Alamin,” kongsinya pada entri terdahulu.
View this post on InstagramA post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on
Foto : Instagram Ameera Zaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Untuk Umur Dia Tak Dibenarkan Naik Tapi…,” – Anak Anzalna Tak Gayat, Berani Naik ‘Glass Slide’ Dekat Dubai
Anak sulung pelakon Anzalna Nasir, Mohamad Eidrees dipuji ramai kerana keberaniannya yang tidak gayat, sebaliknya teruja untuk mencuba tarikan terbaharu yang terdapat di Dubai iaitu Glass Slide.
Walaupun aktiviti itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk mencubanya, namun disebabkan keterujaan Eidress akhirnya permintaan itu ditunaikan pekerja di situ.
Anzalna, 35, turut berkongsikan video di laman Instagram miliknya, menunjukkan Eidress, 4, yang langsung tidak gayat berada di bangunan tinggi.
“Sebenarnya saya yang menggeletis nak pergi tempat ni, last-last sekeping gambar pun tak ada sebab gayat teruk!
“Untunglah Hanif Zaki (suami Anzalna) dapat bergambar dengan anak-anak.
“Eidress seorang yang sangat berani. Untuk umur dia, dia tidak dibenarkan naik tapi dia nak juga. Jadi mereka (pekerja) ni layankan dia. Hahahahaha.
“Sebenarnya saya yang menggeletis nak pergi tempat ni, last-last sekeping gambar pun tak ada sebab gayat teruk!
“Untunglah Hanif Zaki (suami Anzalna) dapat bergambar dengan anak-anak,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.
Rata-rata netizen berasa kagum melihat keberanian Eidrees yang tidak setara dengan usianya yang baharu mencecah empat tahun.
“Berani! Kalau saya memang pengsan terus tengok bawah, gayat.
“Kalau ada dekat situ, tinggal kaki dekat bawah, tak pun terus tak bergerak. Keras, jadi patung.
“Cayalah Eidrees! Kami tengok lantai sahaja dah seram.
“Naik dekat Menara Komtar pun dah kecut perut. Kalau naik ni lagi la..
“Kita tengok pun laju ja jantung ni, seriau. Berani dia,” komen sebahagian netizen.
Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki, 35, pada Februari 2016 dan pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 4, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia sembilan bulan.
Untuk info, Glass Slide Dubai merupakan tarikan baharu yang terdapat di Hotel Address Sky View.
Ia membolehkan pelawat untuk meluncur di atas lantai kaca dari tingkat 53 ke tingkat 52 bangunan hotel tersebut.
Usia pelawat yang dibenarkan untuk mencuba aktiviti itu adalah dari umur 12 hingga 65 tahun sahaja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
DJ Lin ‘Penyampai Radio Paling Dipercayai Di Malaysia’ Buat Kali Ketiga Berturut-Turut
Setelah lebih 24 tahun berada dalam industri radio tanah air, pengurus besar yang juga penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia dalam anugerah Reader’s Digest Trusted Brands 2023, baru-baru ini.
Menurut DJ Lin, dia bersyukur dan menganggap pengiktirafan tersebut sebagai bukti dirinya masih relevan meskipun berdepan kedatangan muka baharu dalam industri penyiaran radio.
“Alhamdulillah, saya sangat berbesar hati dan teruja untuk menerima anugerah berprestij daripada reader’s digest buat kali ketiga. Perasaan ini sukar untuk digambarkan kerana setelah lebih 24 tahun berkecimpung dalam industri radio tanah air, rakyat Malaysia masih mengundi dan menyokong saya sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai.
“Terima kasih buat pihak penganjur dan juga buat keluarga, rakan rakan media, para peminat dari seluruh negara, juga tidak dilupakan keluarga besar di tempat saya bernaung yang banyak berjasa kepada saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio,” katanya.
DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta menambah, dengan pengiktirafan ini dia optimis untuk terus berusaha memberikan yang terbaik buat pendengar.
Dalam pada itu, anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai bagi tahun ini merupakan anugerah ke-13 buat DJ Lin.
Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-25 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada 5 negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI