Ibu kepada penyanyi Singapura, Aisyah Aziz iaitu Hafiza, menzahirkan rasa syukur apabila sudah selamat menerima menantu baharu, Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail ke dalam keluarga mereka.

Meluahkan titipan kata menerusi satu hantaran di Instagram, Hafiza merakamkan rasa terima kasih kepada Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan.

Malah dia turut mendoakan agar rumah tangga pasangan itu terus dilimpahi keberkatan dan rahmat.

“Alhamdulillah segala puji pada Allah Yang Maha Esa. Allahumma Baarik di atas nikmat yang telah Allah beri pada kami sekeluarga.

“Kami menyambut anakanda Md Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu.

Ads

“Semoga rumah tangga yang dibina ini sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke jannah. Aamiin Allahumma aamiin,” tulisnya.

Ibu Aisyah Aziz Luah Syukur Terima Menantu Baharu Dalam Doa & Restu – “Moga Rumah Tangga Yang Dibina Sentiasa Dilindungi…”

Ibu Aisyah Aziz Luah Syukur Terima Menantu Baharu Dalam Doa & Restu – “Moga Rumah Tangga Yang Dibina Sentiasa Dilindungi…”

Ads

Titipan Doa Terindah

Dalam hantaran sama, Hafiza juga ada menitipkan nasihat dan pesanan penuh kasih buat Aisyah, yang kini memulakan perjalanan baharu sebagai seorang isteri.

“Buat anakanda kami Aisyah, walau akan berada jauh di mata, tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa. Aamiin Allahumma amin,” kongsinya lagi.

Ads

Terdahulu, Aisyah sah bergelar isteri kepada Dr. Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, yang juga abang kepada pendakwah selebriti PU Riz, Jumaat lalu.

Majlis akad nikah berlangsung dalam suasana penuh sederhana dan harmoni di Singapura.

Majlis resepsi pasangan itu turut diadakan malam ini secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI